Tuesday, 28 April 2020

Timbalan Menteri Kesihatan Dan Exco Perak Mengaku Bersalah Ingkar PKP

Timbalan Menteri Kesihatan Dan Exco Perak Mengaku Bersalah Ingkar PKP | Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan exco Perak Razman Zakaria mengaku bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan di Mahkamah Majistret di Gerik, Perak hari ini, lapor The Star.

Kedua-dua ahli politik itu dituduh bersama 13 lagi yang lain pada hari ini.

Semua mereka berdepan tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira dua minggu lalu.

Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, serta Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak tiba serentak di mahkamah majistret Grik pada jam 9.20 pagi.

Timbalan Menteri Kesihatan Dan Exco Perak Mengaku Bersalah Ingkar PKP 


Mereka serta beberapa individu lain akan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang sedang berkuat kuasa mulai 15 April hingga 28 April.

Pada 18 April lalu, tular di media sosial gambar Noor Azmi, Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong. - malaysiakini




Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan