Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad berkata arahan untuk solat Jumaat digantikan dengan solat Zuhur di rumah hanya akan diputuskan dalam tempoh dua hingga tiga jam dari sekarang.
Zulkifli berkata ini kerana pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Saya setuju (perhimpunan yang melibatkan orang ramai) tapi perkara tersebut kita perlu perhalusi sedikit sahaja masa lagi.
"Dalam beberapa waktu, dua, tiga jam kerana kita perlu bincang dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita. -mk
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..