Monday, 3 February 2020

Pesuruhjaya PAS Akan Bankrap?

Pesuruhjaya PAS Akan Bankrap? | Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria gagal membayar ganti rugi sebanyak RM200 ribu kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Adun Gunung Semanggol itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.

Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Datuk Dr Badariah Sahamid telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Nizar.

Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni ketika dihubungi Perak Insights hari ini mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya setakat hari ini, tiada lagi bayaran ganti rugi sebanyak RM200 ribu yang sepatutnya dibayar kepada anakguam beliau.

Pesuruhjaya PAS Akan Bankrap?


“Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh YB Razman kepada Dato’ Seri Nizar ialah sebanyak RM254,150 ribu. Itu sudah termasuk kos dan faedah lewat bayar sekali.

“Saya telah pun menghantar surat kepada peguam beliau sebelum ini dan meminta beliau membayar jumlah penghakiman tersebut selewat-lewatnya pada 29 Januari yang lalu.

“Namun mengikut rekod saya setakat hari ini, Razman belum bayar apa-apa pun lagi,” katanya.

Ditanya samada beliau ada menerima apa-apa arahan lanjut daripada Mohammad Nizar berhubung perkara tersebut, Mohd Fitri menjelaskan perbincangan telah dilakukan dengan anakguamnya itu ekoran kegagalan Razman membayar jumlah penghakiman tersebut dalam waktu yang telah ditetapkan.

“Ya, semalam saya telah pun menghubungi Dato’ Seri Nizar dan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut.

Pesuruhjaya PAS Akan Bankrap?


“Kami juga telah berbincang tindakan selanjutnya yang perlu diambil terhadap beliau. Insyallah kita akan teruskan dengan tindakan kebankrapan terhadap beliau dalam masa terdekat,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dato’ Seri Mohammad Nizar ketika dihubungi telah memaklumkan Razman telah memohon supaya bayaran ganti rugi kepada beliau itu dibayar secara ansuran, namun cadangan tersebut telah ditolak oleh beliau.

“Peguam saya telah memaklumkan cadangan Razman tersebut tetapi saya tolak. Saya minta beliau bayar semua sekali serentak ikut waktu yang telah ditetapkan.

“Saya harap kes ini menjadi pengajaran kepada beliau supaya jangan mudah-mudah memfitnah orang lain lagi selepas ini,” katanya.







Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan