Sunday, 16 February 2020

PAS Umno Lancar Serangan Pada Pakatan Harapan

PAS Umno Lancar Serangan Pada Pakatan Harapan | veteran DAP, Lim Kit Siang, percaya bahawa ada pihak merancang "konspirasi dan plot" tertentu mereka melancarkan "torpedo" ke arah PH sebelum pemimpin utama parti dalam kerajaan bertemu pada 21 Feb ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata pasukan anti-PH itu memang berharap bahawa "sesuatu yang besar" akan dapat merosakkan gabungan terbabit sebelum mesyuarat majlis presiden berlangsung Jumaat depan.

"Ini konspirasi pembangkang dan plot untuk (melancarkan) torpedo ke arah kerajaan PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 sudah tersalah baca watak dan komitmen pemimpin kerajaan untuk menetapkan semula dasar pembangunan negara iaitu membangunkan keupayaan rakyat dan memanfaatkan empat tamadun besar yang bertemu di sini agar negara menjadi kelas dunia, sekali gus mengakhiri trajektori Malaysia sebagai negara kleptokrat, penyangak dan gagal," kata Lim.

Lim berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mengenai plot yang dikatakan cuba mengganggu peralihan kuasa di antara ahli parlimen Port Dicson itu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

PAS Umno Lancar Serangan Pada Pakatan Harapan 


Anwar berkata rancangan itu melibatkan anggota parlimen PAS, Umno dan juga segelintir PKR, iaitu partinya sendiri.

Bagaimanapun, Anwar berkata Mahathir bukan sebahagian daripada rancangan untuk menggagalkan pelan peralihan kuasa itu.

Menurut Anwar, spekulasi peralihan akan "dimuktamadkan" apabila majlis presiden PH bertemu Jumaat depan.

Cubaan untuk menghalang peralihan kuasa itu pertama kali diumumkan oleh Sarawak Report yang mendakwa bahawa sejumlah besar anggota parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga parlimen dibubarkan sekali lagi.

Selepas laporan Sarawak Report, ia disusuli dengan kenyataan bekas anggota majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam bahawa presiden parti itu, Dr Ahmad Zahid Hamidi juga sedang mencari sokongan dalam kalangan pemimpin partinya untuk menyokong Mahathir.

PAS Umno Lancar Serangan Pada Pakatan Harapan 


PAS juga telah bertindak dengan berjanji untuk menggerakkan keyakinan untuk Mahathir untuk berkhidmat dalam jawatan penuh dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 9 Mac.

Lim berkata PH komited untuk memperbaiki kesalahan dilakukan kerajaan lalu untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia.

"Kami komited untuk mencapai pemulihan dalam semua aspek kehidupan di Malaysia supaya dapat mencapai matlamat untuk melihat Malaysia yang bersatu, harmoni, adil, demokratik, progresif dan makmur, yang menjadi negara kelas dunia.

"Marilah kita bersama-sama menjadikan persidangan parlimen kali ini sebagai pertemuan yang paling penting - bukan sahaja dalam sejarah kerajaan PH yang 22 sudah memerintah selama bulan, malah dalam sejarah negara - dengan melaksanakan sebanyak mungkin janji PH untuk Malaysia baru pada PRU ke-14 lalu," katanya.






Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan