Thursday, 13 February 2020

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan?

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan? | Wabak Corvid-19 yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 nyawa gagal memadamkan kehangatan gosip politik di Malaysia.

Spekulasi mengenai perkembangan politik dalam negara dirancakkan lagi dengan pertemuan pemimpin PH dalam mesyuarat majlis presiden dijadual diadakan minggu depan.

Kali terakhir Majlis Presiden PH bertemu ialah pada Nov tahun lalu. Sejak itu, banyak perkembangan berlaku dalam politik negara.

Antaranya ialah cakap-cakap mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet, isu peralihan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan dakwaan pembentukan gabungan baru politik.

Ia kemudian diikuti dengan laporan mendakwa ada sejumlah ahli parlimen sudah menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah (SD) untuk memberikan sokongan kepada Mahathir agar pengerusi PH itu terus menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan?


Portal Sarawak Report mendakwa, ahli parlimen yang memberikan perakuan pada SD itu termasuklah dari Umno, PAS, Bersatu dan wakil rakyat PKR yang menyokong timbalan Anwar, Azmin Ali.

Anwar mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai SD berkenaan, manakala Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, menafikan laporan tersebut.

Sokong Dr M atau Anwar

Untuk rekod Zuraida adalah antara penyokong tegar Azmin dalam krisis dalaman PKR.

Sumber memberitahu Malaysiakini, di atas kertas Mahathir memiliki sokongan lebih 130 ahli parlimen. Jumlah itu, katanya, termasuk daripada ahli parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dengan kelebihan itu, katanya, Mahathir boleh memberi kata dua kepada pemimpin PH jika beliau mendapat tekanan agar berundur untuk memberi laluan kepada Anwar.

"Perdana menteri akan menunjukkan angka-angka (ahli parimen yang menyokongnya) dan memberitahu pemimpin PH: Nah, saya mempunyai sokongan. Sekarang kamu boleh bersama-sama saya atau sebaliknya," kata sumber tersebut.

Bagaimanapun sumber yang lain mendakwa, Anwar disokong 129 ahli parlimen berbanding 93 yang memilih untuk memihak kepada Mahathir.

Perkiraan itu dibuat berdasarkan kepada premis bahawa semua ahli parlimen DAP dan Amanah serta hampir separuh daripada 39 orang wakil rakyat Umno menyokong Anwar.

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan?


Dalam perkembangan sama, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkali-kali menjanjikan sokongan padu kepada Mahathir. Bagaimanapun Umno kelihatan bersikap berbelah bahagi dalam isu tersebut.

Minggu lalu misalnya, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menasihatkan parti itu agar berhati-hati membuat keputusan untuk menerima tawaran kerjasama politik.

Sementara itu sumber lain mendakwa Mahathir bukanlah arkitek sebenar kepada gerakan menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

"Ada orang lain, orang yang rapat dengan Mahathir, yang mendesak beliau agar tidak membiarkan Anwar mengambil alih.

"Mahathir mahu berpegang kepada janjinya (untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar). Tapi jika majoriti ahli parlimen tak mahu Anwar, apa yang Mahathir boleh buat?" katanya kepada Malaysiakini.

Ada beberapa kemungkinan

Mahathir sendiri baru-baru ini menyatakan, keputusan muktamad terletak di Dewan Rakyat.

"Kita berjanji, kita berpegang kepada janji. Saya cuma jadi perdana menteri kerana dapat sokongan dari parti (gabungan PH) saya, terutama dari majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Kalau saya tidak nak letak jawatan tetapi majoriti (ahli) dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan akhbar New Straits Times (NST) menyiarkan laporan spekulatif menjelang mesyuarat Majlis Presiden PH dan membayangkan akan ada perkembangan penting minggu depan.

Memetik sumber, NST mendakwa ada tiga kemungkinan boleh berlaku, termasuk Mahathir mengumumkan ada sejumlah besar ahli parlimen pembangkang menyertai gabungan itu dan menyatakan sokongan agar beliau kekal sebagai perdana menteri.

Satu lagi senario, lapor akhbar itu, ialah Mahathir mengumumkan rombakan kabinet besar-besaran.

Media sosial juga dibanjiri dengan pelbagai teori. Antaranya barisan kepemimpinan gabungan baru dikenali sebagai Pakatan Nasional.

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan?


Menurut teori itu, Mahathir akan menjadi penasihat kepada Pakatan Nasional, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, menjadi presiden.

Azmin pula akan dilantik sebagai timbalan presiden.






Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan