Friday, 7 February 2020

Harga Minyak RON95 Dan RON97 Turun

Harga Minyak RON95 Dan RON97 Turun | Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel, berkuat kuasa 8 Februari hingga 14 Februari.

Harga RON95 turun 4 sen kepada RM2.04 seliter, RON95 turun 7 sen kepada RM2.34 seliter, dan diesel turun 10 sen kepada RM2.08 seliter.

Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kadar baru itu disebabkan penurunan harga minyak global.

"Dasar penstabilan harga runcit ini memanfaatkan rakyat, di mana apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroluem juga diturunkan.


Harga Minyak RON95 Dan RON97 Turun


"Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 seliter (diesel)," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Harga runcit petrol dan diesel negara ditentukan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), bagaimanapun subsidi diberikan apabila harga RON95 dan diesel melebihi had yang ditetapkan.

Tiada had ditetapkan untuk harga RON97.


Harga Minyak RON95 Dan RON97 Turun


Lim turut memaklumkan, kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM6 bilion pada tahun lalu untuk produk petroleum.

"Kerajaan komitd dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroluem selaras dengan janji manifesto PH," katanya lagi.




Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan