Tuesday, 18 February 2020

Bukti PAS Hilang Pedoman Dalam Perjuangan

Bukti PAS Hilang Pedoman Dalam Perjuangan | Anggota Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata sebarang keputusan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak akan memberi kesan terhadap kedudukan perdana menteri.

Jelasnya, perkara itu kerana Majlis Presiden PH tidak mempunyai bilangan atau sokongan majoriti anggota parlimen dalam Dewan Rakyat.

"Atas faktor itu, saya berpandangan Majlis Presiden PH tidak mempunyai sebarang 'locus standi' dalam menentukan siapa perdana menteri mentadbir negara.

“Majlis tertinggi kepimpinan PH itu mungkin boleh memberi keputusan, namun ia tidak memberi kesan terhadap kedudukan Perdana Menteri sedia ada kerana hanya ahli Dewan Rakyat layak menentukannya,” katanya.

Beliau juga mencabar Majlis Presiden PH supaya meletakkan satu tarikh bagi peralihan kuasa perdana menteri dalam sesi mesyuarat pada 21 Februari ini.

Bukti PAS Hilang Pedoman Dalam Perjuangan


"Ini kerana saya percaya dan yakin bahawa Majlis Presiden PH tidak akan berani untuk merealisasikan cabaran mempercepatkan proses peralihan kuasa pada tarikh yang mereka mahukan,” katanya seperti dipetik portal Sinar Harian.

Isu peralihan kuasa perdana menteri kepada Anwar Ibrahim terus menjadi pertikaian, walaupun Dr Mahathir Mohamad berulang kali menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan perdana menteri pada November ini, selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur.

Spekulasi terus bertiup apabila terdapat laporan mendakwa sesetengah pihak dalam PH dan Umno mahu Mahathir - yang juga pengerusi Bersatu - menamatkan penggalnya sehingga pembubaran parlimen akan datang.

Sesetengah pihak mendakwa terdapat anggota parlimen pembangkang dan PH berpakat menandatangani Akuan Berkanun (SD) sokongan kepada Dr Mahathir.

Pada masa sama PAS menggerakkan usaha membawa usul menyokong Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat akan datang, dijadual berlangsung bulan depan.


Bukti PAS Hilang Pedoman Dalam Perjuangan


Untuk rekod, Pada 13 Februari lalu, Anwar mengakui "ada usaha daripada PAS, sekumpulan dari Umno dan sebilangan kecil dari PKR" untuk mendapatkan tandatangan bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga tamat penggal, tetapi mengatakan perdana menteri tidak terlibat dengannya.

Beliau juga berkata isu peralihan kuasa akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan diadakan pada 21 Februari ini - selepas kali terakhir majlis itu bermesyuarat pada 23 November lalu.







Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan