Saturday, 15 February 2020

Anda Nak Buat Blog Sendiri Tapi Takda Masa?

cara buat blog oleh blogger

Anda nak ada blog sendiri?
Ramai yang mahu buat blog sendiri kerana ada bebas menulis apa sahaja minat anda atau tempat anda syer sebarang ilmu dan sebagai tapak menjalan perniagaan online.
Tun Mahathir sendiri mempunyai blog iaitu Chedet dan setiap masa beliau menulis hal mengenai politik, ekonomi, masyarakat dalam dan luar negara.
Membuat blog sendiri memang memakan masa. Mungkin enam bulan pun belum tentu puas hati. Tapi, jangan bimbang ada caranya anda boleh siapkan blog dalam satu hari.
Teruskan membaca…

Apa itu Blog?

Blog dan laman web pada umumnya benda yang sama iaitu sebuah tempat di alam maya seseorang berkomunikasi di internet.
Tetapi konsep blog agak terbuka terbuka dan tidak macam formal sangat macam laman web.
Blog lebih berinteraktif berbanding dengan laman web yang agak statik. Sebab blog menyediakan ruangan untuk pembaca memberi komen dan respon terhadap tulisan anda.
Blogger atau pemilik blog kerap menulis di blognya, mungkin setiap 1-2 hari sekali samada membuat tulisan baru atau mengemaskinikan tulisannya.

Apa itu Blogspot dan WordPress?

blogspot wordpress
Anda boleh buat blog dengan blogspot atau wordoress
Blogspot dan WordPress ialah dua pelantar atau flatform yang paling top. Mereka menyediakan kemudahan blog percuma dan berbayar.
Blogspot atau WordPress ibarat injin kereta yang melahirkan Proton, Honda Mitsubishi, Viva dan sebagainya.

Mengapa Buat Blog Makan Masa?

Buat blog sendiri macam juga buat rumah. Yang paling banyak makan masa dalam buat blog ialah menulis artikel yang ada kualiti dan mudah difahami.
Mereka yang tidak pernah membuat blog, cara yang terbaik ialah buat blog percuma dengan blogspot.com atau wordpress.com.
Apabila anda sudah familiar dengan buat blog, anda boleh buat blog berbayar dan ia adalah blog anda sendiri.
Macam rumah sendiri juga, apabila ada blog sendiri anda tidak takut akan peraturan-peraturan pada blog percuma. Jika anda langgar peraturan, mereka boleh padamkan blog anda dengan pelbagai alasan yang anda sukar nafikan.

Proses Membuat Blog

cara buat blog
Untuk buat anda sendiri, yang pertama anda kena beli sewa domain name setiap tahun, lebih kurang RM50 setahun. Macam email juga, anda pilih username yang belum ada orang punya.
Selepas itu anda kena sewa server. Server ibarat injin IT yang membolehkan blog anda berada di internet dan boleh diakses oleh orang ramai. Kos bergantung pembekal server juga, ada yang murah dan ada yang mahal.
Jika blog anda berat dengan maklumat, foto dan video dan banyak akseserinya tentulah mahal sewa tahunan. Ia mungkin serendah RM500 setahun dan semahal RM1,500 – RM3,000 setahun.

Cabaran Membuat Blog

Membuat blog sama dengan membuat sebuah kedai. Jika kita buat kedai tetapi takda orang datang pun tak guna. Barang tak laku sedangkan kos telah dikeluarkan bagi membuat kedai dan membeli barangan.
Jadi kita kena banyak belajar macam mana orang ramai datang ke blok kita

Tawaran Membeli Blog Yang Sudah Siap Untuk Dipasarkan Bagi Yang Tak Ada Masa

Jika anda takda masa hendak membuat blog, kami ada menyediakan kemudahan membeli blog yang sudah siap. Tugas anda memasarkan blog dan artikel-artikel yang terdapat dalam blog anda itu bagi menjana komisyen jualan.

Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Blog









No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan