Thursday, 23 January 2020

Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri Telah Ditetapkan

Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri Telah Ditetapkan | Dr Mahathir Mohamad telah menetapkan tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Menjawab soalan pemberita ketika sidang akhbar di Putrajaya malam ini, beliau berkata majlis presiden PH akan membuat keputusan dan mengumumkan tarikh penyerahan kuasa pada masa yang "sesuai".

"Perdana Menteri telah menetapkan garis masa. Semestinya, majlis presiden PH akan bermesyuarat.

"Saya pasti tarikh akan ditetapkan dan ia akan diumumkan pada masa yang sesuai," katanya.

Majlis presiden PH terdiri daripada pemimpin tertinggi dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah.

Walaupun Dr Mahathir sebelum ini berulang kali memberi jaminan akan menyerahkan kuasa kepada Anwar seperti dipersetujui PH sebelum PRU ke-14, isu berkenaan terus dispekulasikan.

Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri Telah Ditetapkan


Antara lain, kerana tiada tarikh tertentu ditetapkan untuk peralihan kuasa itu.

Mahathir sebelum ini berkata beliau bersedia melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden PH berkehendak demikian.

Dalam wawancaranya bersama Reuters bulan lalu, Mahathir berkata beliau akan terus memegang jawatan perdana menteri sehingga Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Nov tahun ini.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PKR mencadangkan agar peralihan kuasa dibuat pada Mei tahun ini bagi memberi lebih banyak masa kepada Anwar untuk melaksanakan pembaharuan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri Telah Ditetapkan


Lim, yang juga menteri kewangan, becakap kepada media hari ini selepas melawat gerai vendor e-Tunai iaitu Touch 'n Go, GrabPay dan Boost di pasaraya Tesco di IOI City Mall.

Kempen e-Tunai kerajaan membolehkan rakyat Malaysia yang layak untuk menuntut RM30 melalui vendor e-wallet dari 15 Jan hingga 10 Mac.

Turut hadir pada program itu ialah Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin dan suaminya, Lee Yeow Seng yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd.






Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan