Wednesday, 8 January 2020

Rosmah Marah Najib

Rosmah Marah Najib | Mengikut rakaman perbualan telefon, yang tidak diketahui penghantarnya, kepada SPRM, Rosmah Mansor dikatakan berang dan tidak berpuas hati semasa membuat panggilan kepada suaminya Najib Razak pada 27 Julai 2016.

SPRM, yang mendedahkan kandungan rakaman itu kepada media hari ini, yakin rakaman berkenaan adalah tulen.

Rosmah: Hai.

Najib: Hai.

Rosmah: Apa cerita? Boleh saya nasihatkan kamu, boleh saya nasihatkan kamu tentang sesuatu?

Najib: Sebentar... ya, ada apa-apa?

Rosmah: Kamu, jangan, dengar cakap saya, mereka beritahu kamu untuk jaga (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Abu Kassim Mohamed. Dia banyak membuat kenyataan (audio tidak jelas) ambil gambar dengan Pak Lah apa semua.


Rosmah Marah Najib 


Mereka buatnya, jadikannya seperti wira, dan kamu pula jadi penjahat. Dan semua lima orang ini, bolehkah mereka lihat keutamaan mereka adalah kamu, bukan orang lain?

Najib: Siapa mereka?

Rosmah: Pejabat kamulah. Shahlan dah yakin, Tengku dah yakin, Ahmari dah yakin. Macam kita dah jadi penjahat.

Najib: Tidak, tidak, tidak, saya benarkan Azwan membuat kenyataan, kesannya baik.

Rosmah: Tidak, Azwan OK. Hari ini Abu Kassim di Berita Harian dan mereka benarkan Abu Kassim ambil gambar dengan Pak Lah.

Dan ada muka dia nak berterima kasih kepada Pak Lah dan semua orang lain kecuali kamu. Ini tidak adil.

Najib: Hmm, hmm, faham.

Rosmah: (tidak jelas)

Najib: Tidak, saya sudah tandatangani surat pelantikan Dzul.

Rosmah Marah Najib 


Klik untuk dengar rakaman perbualan tersebut

Dzul merujuk kepada Dzulkifli Ahmad, yang menggantikan Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya SPRM hanya tiga hari kemudian pada 1 Ogos 2016.

Dalam rakaman terdahulu bermula Januari tahun itu, Dzulkifli, yang ketika itu berkhidmat di Pejabat Peguam Negara, telah menelefon Najib untuk memaklumkannya mengenai kertas siasatan yang mengaitkan bekas perdana menteri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya percaya bahawa Azwan merujuk kepada "Azwan Bro", yang adalah nama panggilan Senator Khairul Azwan Harun.

Sementara itu pegawai-pegawai Najib yang dinamakan oleh Rosmah adalah bekas pegawai khas Amhari Efendi Nazaruddin, bekas setiausaha akhbar Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dan bekas setiausaha politik Shahlan Ismail.




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan