Friday, 17 January 2020

PRK Kimanis : Shafie Apdal Dedah Tembelang BN

PRK Kimanis : Shafie Apdal Dedah Tembelang BN | Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal hari ini menunjukkan minit mesyuarat bagi membuktikan bahawa pas sementara Sabah (PSS) adalah cadangan yang dikemukakan BN ketika memerintah.

Shafie mencabar pemimpin pembangkang khususnya Joseph Pairin Kitingan menyamannya jika apa yang diperkatakannya adalah pembohongan.

Jelasnya minit mesyuarat itu mendedahkan bahawa cadangan itu dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pendatang Tanpa Izin Sabah yang dipengerusikan Pairin sendiri pada 14 Mac 2016.

"Apa yang dikatakan mereka (pembangkang) tidak benar, saya hanya memetik apa yang terkandung dalam minit mesyuarat yang dipengerusikannya (Pairin) sendiri pada 2016, (tetapi) dia cakap semalam yang saya ini berbohong tidak ada minit (mesyuarat).

"Kandungan minit itu cukup jelas, bukan kita reka bukan kita cipta saya harap sungguh, janganlah gunakan media sosial dalam kempen-kempem kita sehingga kita nyatakan yang tidak benar itu seakan-akan datang daripada mereka itu benar.

"Ini cadangan pemerintah terdahulu. Dahulu (BN) cadangkan pas residen, sehingga ini berlaku kita kata janganlah buat pas residen. Jadi kita katakan dia bersifat sementara, ia pas sementara," katanya ketika ditemui di pekan Bongawan, Kimanis, hari ini.

PRK Kimanis : Shafie Apdal Dedah Tembelang BN


Minit mesyuarat yang didedahkan Shafie adalah minit mesyuarat jawatankuasa teknikal pengurusan warga asing di Sabah.

Dalam mesyuarat yang berlangsung pada 14 Mac 2016 itu, jawatankuasa itu mencadangkan agar Pas Residen Sabah diperkenalkan.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pairin sendiri dan turut dihadiri beberapa pemimpin kerajaan negeri ketika itu, antaranya Sukarti Wakiman (setiausaha kerajaan negeri), Borhan Dolah (setiausaha persekutuan Sabah) dan Sakib Kusmi (ketua pengarah Jabatan Imigresen Sabah).

Malam tadi ketika himpunan muafakat rakyat Sabah di Kimanis, Pairin yang juga bekas ketua menteri menyifatkan Shafie berbohong apabila mendakwa PSS diluluskan BN ketika beliau mentadbir negeri itu.

Menurut Pairin, dakwaan itu tidak berasas kerana beliau tidak mempengerusikan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah ketika itu.

“Walaupun saya sudah pencen, tapi nama saya disebut-sebut dalam surat khabar. Mereka yang selaku sebut-sebut nama saya ini nampaknya mengaitkan saya dengan PSS.

“PSS tidak wujud dalam kita punya buku, laporan RCI. Yang tersebut dalam buku ini adalah mengenai pas residen, bukan PSS. Mereka (Warisan) telah mengatakan RCI telah mencadangkan kewujudan PSS," kata Pairin.

PSS ialah dokumen baru Jabatan Imigresen yang dikeluarkan terhadap pendatang, bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Ini susulan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 Sept, 2019 dan diumumkan kemudian Muhyiddin pada hari yang sama.

Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Ia terjadi ketika meningkatnya keganasan puak pemisah di rantau Mindanao yang menyaksikan ramai pelarian daripada rejim Marcos.

PRK Kimanis : Shafie Apdal Dedah Tembelang BN


Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an. Selainnya, diberikan kad Sijil Banci oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.

IMM13 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu Shafie berkata, apa yang baik dicadangkan pemerintah terdahulu dikekalkan dan ditambah baik oleh kerajaan hari ini.

Sementara itu, Shafie yang juga bekas naib presiden Umno itu berkata, rakyat Kimanis tidak terpengaruh dengan isu PSS yang dimainkan ketika kempen PRK Kimanis.

"Rakyat di sini hendakkan kemudahan, peluang pekerjaan anak mereka, jalan raya yang baik rumah yang dibaik pulih.

"Mereka tolak pemerintah dulu kerana gagal mentadbir negeri dengan baik," kata Shafie.


PRK Kimanis : Shafie Apdal Dedah Tembelang BN


Mengulas mengenai perhimpunan bantah PSS semalam, Shafie berkata beliau boleh menggerakan program seumpama itu bagi menentang kumpulan tunjuk perasaan itu semalam.

Namun katanya, beliau tidak mahu berbuat demikian kerana ingin memanfaatkan tempoh kempen dalam PRK Kimanis untuk berkempen sepenuhnya bagi bertemu pengundi.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan