Monday, 6 January 2020

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi | "Hidup mati pun, saya tetap BN," luah salah seorang penduduk tempatan Kimanis di sebuah kedai makan, semalam.

Ia menarik perhatian penulis yang ketika itu sedang menikmati coto special yang merupakan makanan popular di daerah itu.

Lantas kami bertegur sapa dan penulis beramah mesra dengan penduduk tempatan itu. Kedai makan berkenaan disyorkan oleh seorang sahabat yang sebelum ini bertugas di Sabah.

"Saya dari semenanjung, saya tidak tahu politik Kimanis ini memihak kepada siapa," ujar penulis dengan niat ingin tahu pandangan penduduk tempatan dengan lebih mendalam.

Jelas bagi penduduk tempatan itu dan rakannya yang lain, mereka tetap memilih BN kerana dilihat banyak jasa gabungan itu ditaburkan buat warga Kimanis jika dibanding parti pemerintah hari ini.

"Bila saya mahu minta bantuan, penghulu tanya saya: Kita dari mana? Sedangkan saya sudah lebih 30 tahun bermastautin di Kimanis," katanya.

Politik Sabah berbeza

Ya, di atas kertas Kimanis dilihat didominasi oleh BN. Memang tidak boleh disangkal bahawa Kimanis adalah salah satu kubu kuat BN di Sabah.

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi


Apatah lagi caloh yang bertanding sebelum ini bekas menteri luar Anifah Aman adalah adik kepada bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman. Pastinya pengaruh dua nama ini saja cukup kuat di Kimanis.

Bagaimanapun keupayaan Warisan juga tidak boleh dipandang enteng. Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan rakyat Sabah.

Politik Sabah cukup unik, ia tidak seperti di Semenanjung Malaysia, setiap kawasan mempunyai pengaruh yang berbeza mengikut suku kaumnya.

Kimanis sinonim dengan 'etnik Brunei' yang dilihat lebih kepada kemelayuan dan sudah pasti mereka lebih cenderung kepada BN yang ditunjangi Umno, apatah lagi calon BN juga daripada etnik yang sama.

PRK Kimanis kali ini cukup menarik. Warisan ingin menyekat kebangkitan BN dari semenanjung, sekali gus membuktikan bahawa hanya parti tempatan saja yang boleh memimpin Sabah.

Sementara BN bukan saja mahu meneruskan momentum kemenangan besar di Tanjung Piai, malah membuktikan bahawa Umno masih lagi utuh di Sabah meskipun segerombolan wakil rakyat dan bekas pemimpinnya menyertai Bersatu.

PRK Kimanis juga menarik kerana ia akan menyaksikan pertembungan secara "anak jantan" satu lawan satu antara Warisan dan BN, agak pelik juga kerana tiada calon bebas bertanding dalam PRK ini.

Jika kita perhalusi secara mendalam lagi, PRK Kimanis adalah pertembungan antara calon proksi membabitkan Musa dan Shafie. 

Pertembungan secara gentleman ini akan menjadi kayu ukur terhadap pengaruh siapa yang paling kuat.

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi


Pertahan maruah

Umum mengetahui bahawa Musa dan Shafie merupakan seteru yang tidak boleh bertentang muka. Perebutan jawatan ketua menteri cukup hebat selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu antara dua tokoh itu.

PRK Kimanis menjadi gelanggang kepada dua tokoh politik ini untuk membuktikan keupayaan dan pengaruh mereka sekali lagi.

Meskipun Musa sudah menyepi bersama Umno dan begitu juga Anifah yang sudah meninggalkan Umno, namun di belakang tabir mereka memberi penuh sokongan penuh kepada BN kerana sedar Kimanis adalah "maruah" yang harus dipertahankan.

Calon BN, Mohamad Alamin dan calon Warisan Karim Bujang, adalah "ayam sabung" kepada dua tokoh ini yang kini sedang bertarung dalam gelanggang PRK Kimanis.

Bersatu, umpama duri dalam daging buat Warisan, kesetiaan parti serpihan Umno itu terhadap Warisan tidak boleh dijangka kerana mereka sebelum ini berseteru dalam PRU-14 lalu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang PRK Kimanis nanti.

Walaupun Adun Membakut, Mohd Arifin Mohd Arif merupakan wakil rakyat Bersatu, harus diingat bahawa beliau adalah bekas wakil rakyat Umno dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas ketua menteri Sabah sebelum ini.

Jadi, apakah mungkin Arifin akan setia dengan Warisan ataupun mungkin akan mensabotaj Karim? Umum mengetahui bahawa Adun Membakut itu turut menaruh minat untuk bertanding di kerusi parlimen Kimanis itu.

Penulis difahamkan Umno telah mendapat jaminan daripada Arifin yang telah berjanji untuk memberi kemenangan kepada Mohamad.

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi


Bagaimanapun Arifin menafikan khabar angin itu dan menjelaskan beliau akur dengan arahan pucuk pimpinan partinya.

"Ya, pimpinan sudah buat keputusan bahawa yang akan bertanding di Kimanis adalah Warisan, jadi Bersatu akur dengan keputusan yang akan dibuat dan telah diarahkan oleh presiden kita dan pengerusi pun merestui, kita akan sokong Warisan.

"Saya (dari) Bersatu, saya sokong Warisan. Kita dapat arahan daripada ketua dan di peringkat pusat kita akan sokong Warisan," jelas Arifin ketika ditemui semalam.

Sementara BN, meskipun tampak menguasai Kimanis, mereka risau dengan "serangan akhir" Warisan yang mungkin akan mengubah pola sokongan pengundi. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan