Tuesday, 7 January 2020

PRK Kimanis Makin Hangat

PRK Kimanis Makin Hangat | BN mendakwa jentera kempen mereka dihalang daripada memasuki sebuah kampung dan penyokong kerajaan dikatakan semakin agresif.

Membuat kenyataan itu semasa berceramah malam tadi, calon pembangkang, Mohamad Alamin, berkata penyokong BN tidak boleh takut dengan kekangan itu sebaliknya memberikan tumpuan untuk mengalahkan Warisan.

"Kita kena fokus kerja kita, jangan kita takut dan gentar," katanya.

Menurut bekas Adun Bongawan itu lagi, beliau ada menerima laporan mengenai kekerasan yang digunakan oleh penyokong kerajaan.

"Saya tadi di Batu Enam, saya berkempen dari rumah ke rumah.

"Sampai satu simpang, saya ditahan, ditanya. Mereka cuba halang supaya jentera kita tidak tembus ke kampung.


PRK Kimanis Makin Hangat 


"Mereka kata itu kubu kuat mereka. Jadi saya minta jentera kita jangan takut," katanya di depan kira-kira 150 hadirin.

Untuk rekod kawasan Batu Enam ialah daerah mengundi untuk Mohamad pada 18 Jan ini.

Di sebalik kenyataan tersebut, Mohamad bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut dakwaan yang dibuatnya. Ketika ditanya wartawan, beliau memberi alasan perlu beredar segera dari situ kerana perlu memenuhi jemputan program di tempat lain.





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan