Monday, 20 January 2020

PAS Tukar Logo BN?

PAS Tukar Logo BN? | PAS Sarawak sedia mempertimbangkan untuk menggunakan lambang BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Zharudin Narudin berkata ia berikutan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada Sabtu lalu.

"PAS Sarawak sebelum ini juga melihat tiada masalah untuk menggunakan lambang BN sekiranya ia perlu untuk PAS menang kerusi sulung di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zharudin, kemenangan BN di Kimanis semalam adalah sebahagian petanda bahawa Muafakat Nasional (MN) sudah mula diterima di Borneo.

"Kelebihan PAS Sarawak adalah bebas dari mana-mana kerjasama dan kebetulan MN (Muafakat Nasional) berlaku di peringkat pusat, ia satu kelebihan yang tidak sepatutnya diabaikan untuk mengembalikan Sarawak yang sebelum ini kuat dengan sentimen undi lambang BN," katanya.

PAS Tukar Logo BN?


Justeru beliau turut menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menguasai 72 daripada 82 kerusi DUN di Sarawak, untuk menilai kedudukannya dan mempertimbangkan menyertai Muafakat Nasional.

Katanya, PAS Sarawak juga konsisten dengan pendirian tidak akan memberi ruang untuk kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Sarawak.

Namun, katanya, PAS tidak akan memberi ruang kepada GPS di kawasan Dun yang dilihat berpotensi untuk dimenangi PAS.

"GPS perlu sedar dengan undi-undi PAS yang ada di beberapa Dun yang pernah ditandingi juga boleh menyumbang kepada kemenangan besar atau mungkin sebab kekalahan kepada GPS.

PAS Tukar Logo BN?


"Ini kerana sudah terbukti ahli dan penyokong PAS adalah setia walau apa jua arahan daripada parti, mereka akan ikuti.

"GPS juga perlu sedar lambang BN masih menebal di Sarawak dan ini akan memberi saingan kepada mereka sekiranya wujud calon yang menggunakan lambang tersebut," katanya.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan