Tuesday, 7 January 2020

Mukhriz Mahathir Bukan Menteri Pendidikan

Mukhriz Mahathir Bukan Menteri Pendidikan | Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir menolak desas-desus mengatakan beliau akan menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletakkan jawatan selaku menteri pendidikan baru-baru ini.

Dalam suatu kenyataan dikeluarkan Bersatu hari ini, Mukhriz berkata masih banyak perkara yang hendak dilakukan di Kedah.

Jelasnya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana namanya boleh ditimbulkan hingga pelbagai berita tidak sahih ditularkan di media sosial kebelakangan ini.

"Tidaklah kot... Banyak lagi kerja nak dibuat di Kedah.

"Memanglah tular macam-macam tetapi entahlah, mungkin 'depa' banyak sangat masa untuk buat poster, masukkan gambar lama dan buat andaian bukan-bukan," kata Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu.

Mukhriz Mahathir Bukan Menteri Pendidikan 


Selepas Maszlee meletak jawatan secara mengejut pada hari pertama persekolahan 3 Januari lalu, tercetus spekulasi berkisar cakap-cakap siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi menteri pendidikan.

Antara nama yang disebut-sebut ialah MP Bersatu dan bekas menteri pengajian tinggi Mustapha Mohamed, Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menolak kemungkinan mengambil tugas itu.




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan