Monday, 13 January 2020

Lagi Petanda Parti Warisan Sabah Akan Menang PRK Kimanis

Lagi Petanda Parti Warisan Sabah Akan Menang PRK Kimanis | Pelbagai pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri Sabah dilihat akan memberi peluang untuk calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Karim Bujang, untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata berdasarkan prestasi kerajaan Sabah ketika ini, tiada sebab untuk pengundi di parlimen Kimanis itu menolak Warisan yang dipimpin oleh Mohd Shafie Apdal.

"Banyak pembaharuan di Sabah sejak Warisan mengambil alih kerajaan negeri dan ini sudah tentunya memberi impak baik di Kimanis dan insya-Allah Warisan mampu memperolehi kemenangan.

"Kalau rakyat melihat prestasi Warisan dan kerajaan negeri Sabah yang membawa banyak pembaharuan, kemenangan akan menjadi milik Warisan," katanya kepada media selepas program Rapat Umum Armada Bersatu Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Pada PRK Kimanis 18 Jan ini, Karim, akan dicabar dalam pertandingan satu lawan satu berdepan calon BN Mohamad Alamin.

Lagi Petanda Parti Warisan Sabah Akan Menang PRK Kimanis


Syed Saddiq yang juga menteri belia dan sukan berkata, beliau sendiri sudah beberapa kali berkesempatan ke Kimanis sejak selepas PRU ke-14 lalu dan pihaknya akan terus bekerja keras bagi memenangkan PRK kali ini.

"Saya juga sudah beberapa kali ke Kimanis sejak selepas PRU lepas dan esok (hari ini) saya akan ke sana lagi untuk berkempen.

"Saya lihat Bersatu Sabah juga turut bekerja keras dan bertungkus lumus bagi membantu Warisan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai program Rapat Umum Armada, Syed Saddiq berkata Kelantan merupakan negeri pertama sebagai lokasi program tersebut dan ia akan diadakan di seluruh negara.

Lagi Petanda Parti Warisan Sabah Akan Menang PRK Kimanis


"Saya akan ke seluruh negara untuk bertemu anak-anak muda untuk mendengar suara mereka dan Armada akan menyusun gerak kerja yang lebih tersusun pada tahun ini.

"Ini penting dalam usaha kita memperkasakan Armada dan Bersatu di seluruh Malaysia," ujarnya.




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan