Thursday, 16 January 2020

Kadar Tol PLUS Akan Turun 18 Peratus

Kadar Tol PLUS Akan Turun 18 Peratus |  memutuskan bahawa syarikat pengendali lebuh raya terbesar negara ini, Plus Malaysia Bhd (Plus), tidak akan dijual, sebaliknya kekal menjadi milik kerajaan.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli Plus.

"Akhirnya kerajaan memutuskan kaedah terbaik ialah tidak menjual Plus kepada sesiapa, sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama Mahathir menjelaskan, walaupun tidak dijual, Plus dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus.

"Ingat, 18 peratus pada kadar hari ini bermaksud dalam tempoh 30 tahun, [...] kadarnya akan menjadi sangat rendah," katanya.


Kadar Tol PLUS Akan Turun 18 Peratus


Ditanya sama ada penurunan itu akan dilakukan secara berperingkat, perdana menteri menegaskan ia akan dibuat secara langsung.

"Kita akan berikan diskaun 18 peratus," katanya.

Ditanya bila potongan kadar bayaran itu akan dibuat, beliau menjawab: "Tahun ini."



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan