Tuesday, 21 January 2020

Berita Mengejutkan Dari PKR

Berita Mengejutkan Dari PKR | Borang keahlian Bersatu yang tertera nama Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan tersebar di media sosial adalah palsu, kata ketua Bersatu Bahagian Ampang.

Khairulnoor Khairuddin ketika dihubungi Malaysiakini berkata, dakwaan bahawa Zuraida menyertai Bersatu bahagian Ampang adalah tidak benar.

"Saya semak dengan ibu pejabat, (borang itu) palsu. Daftar tak betul, lampiran IC pun tak ada.

"Ada orang cuba nak laga-lagakan Tun (Mahathir Mohamad) dengan (Presiden PKR) Anwar (Ibrahim) dan Zuraida ni," katanya kepada Malaysiakini.

Borang tersebut tular ketika hubungan tegang dilapor antara Zuraida dan Anwar.

Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, bulan lalu menyelar Anwar pada satu majlis yang diadakan di Hotel Renaissance di Kuala Lumpur.

Kelmarin beliau diberikan surat tunjuk sebab berhubung ucapan tersebut.

Ini bukan kali pertama spekulasi tersebar di media sosial yang mendakwa Zuraida akan menyertai Bersatu.

Berita Mengejutkan Dari PKR 



Beliau bagaimanapun secara konsisten menafikan khabar angin itu.

Dalam insiden terbaru ini, borang berkenaan disertai dengan surat mendakwa Anwar gagal menyatukan PKR walaupun Zuraida dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuba menyelamatkan parti itu.

Surat berkenaan turut menyatakan sokongan Zuraida kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu.


Bagaimanapun, Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad berkata semua dokumen yang ditularkan adalah palsu.

Berita Mengejutkan Dari PKR 


Dalam satu kenyataan Nor Hizwan berkata tindakan pihak tertentu menggunakan kepala surat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sangat tidak bertanggungjawab.

"Dengan tegas dinyatakan bahawa tularan tersebut adalah palsu dan merupakan kerja jahat dan amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atas situasi politik dalaman parti yang berlaku sekarang ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah, yang merupakan antara pengikut Zuraida, berkata naib presiden PKR itu berhasrat kekal bersama PKR.

"Saya baru bertemu dia semalam. Dia kata beliau akan cuba untuk bertahan. Dia tak ada sebarang rancangan untuk menyertai parti lain dan tak ada sebarang rancangan jika dia dipecat," katanya kepada Malaysiakini.

Syarul Ema berkata beliau juga mengenali tanda tangan Zuraida dan pasti bahawa tandangan pada borang berkenaan adalah palsu.

"Ia palsu. Malah tu bukan tandatangan dia," katanya.

Berita Mengejutkan Dari PKR 


Sementara itu Zuraida berkata beliau akan menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya.

"Saya akan menjawab isu yang dibangkitkan tetapi pada masa ini saya tidak boleh menyebut isu-isu itu.

"Apa yang penting semua yang saya katakan di (hotel) Renaissance adalah kebenaran," katanya.





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan