Tuesday, 14 January 2020

Adun Dengkil Sah Ditangkap

Adun Dengkil Sah Ditangkap | Pengerusi Bersatu Selangor hari ini mengesahkan ada seorang Adun mereka ditahan polis seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Menurut Abdul Rashid Asari beliau mendapat maklumat mengenai penahanan Adun terbabit selepas menghubungi Kementerian Dalam Negeri.

Kata Abdul Rashid, Adun terbabit ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau yang juga exco kanan Selangor enggan memberikan ulasan lanjut kerana kes berkenaan sedang dalam siasatan.

“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini.

"Saya juga sudah berbincang dengan presiden parti (Muhyiddin Yassin) dan kami perlu menunggu hasil siasatan polis," katanya seperti dipetik BH Online.

Adun Dengkil Sah Ditangkap


Sejak pagi tadi tular beberapa maklumat mengenai penahanan sekumpulan individu oleh polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Baca Pegawai KBS ditangkap polis akan digantung tugas

Seorang daripada mereka ialah Adun Bersatu yang mewakili kawasan Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Bagaimanapun Adhif Syan menafikan dakwaan beliau ditangkap dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara, awal pagi tadi, sebaliknya mendakwa beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.

“Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pemuda Bersatu Selangor itu juga mendakwa akan membuat laporan polis mengenainya.

Adun Dengkil Sah Ditangkap


Abdul Rashid berkata beliau tidak tahu apa hasil siasatan polis nanti namun menjanjikan tindakan jika wujud sebarang kesalahan ke atas Adhif Syan.

"Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Saya juga tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya yang ditemui di Shah Alam.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan pengesahan mengenai individu yang ditahan itu dengan polis. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


1 comment:

  1. Sama kes dgn terowong gone end...tiada kes. Lepas!!!

    Tak pon..sama kes dgn video semburit...kabur.Lepas!!!!

    Buat majlis doa selamat...munafik!!!
    Semuanya demi kuasa dan harta dunia...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan