Saturday, 21 December 2019

Najib Sumpah Laknat Di Masjid Jamek Kampung Baru

Najib Sumpah Laknat Di Masjid Jamek Kampung Baru | Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam perakuan berkanun (SD) Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Najib melafazkan sumpah laknat itu beberapa ketika selepas selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru.

"Wallahi, wabillahi, watallahi.

"Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

"Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya.

"Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat," lafaznya.

Najib Sumpah Laknat Di Masjid Jamek Kampung Baru 


Turut hadir isteri Najib, Rosmah Mansor; anak mereka, Nooryana Najwa; Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi; serta beberapa pemimpin kanan parti itu, termasuk Ahmad Maslan dan Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sejurus selepas itu, Najib melaungkan takbir tiga kali disambut hadirin yang hadir di masjid.

Sumpah laknat itu merupakan respons kepada kenyataan bersumpah (SD) Azilah, bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis pada 16 Disember lalu, yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

Biarpun sudah menafikan dakwaan itu pada hari sama, Najib berkata akan melafazkan sumpah laknat hari ini.

Najib Sumpah Laknat Di Masjid Jamek Kampung Baru 


Terdahulu anak bekas mufti Kedah, Ahmad Husam Baderudin berucap di depan kira-kira 500 jemaah masjid itu mengenai maksud dan rasional amalan sumpah laknat.

Dipercayai penceramah bebas itu datang ke masjid bersama dengan Najib - yang digelarkannya sebagai "Bossku" - berdasarkan hantaran yang dimuat naik sebentar tadi. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

1 comment:

  1. KEMPEN BACA YASSIN SELURUH NEGARA

    Lepas sumpah laknat 'Jom kempen Baca Yassin seluruh negara' sekali kan solat hajat sekali ...hentikan fitnah kotor

    Kempen baca yassin setiap malam setelah sumpah laknat untuk hentikan politik kotor fitnah jijik

    Suma yang dah menyampah dengan politik fitnah jijik selama 22++ tahun ... jom semua baca yassin setiap pembaca dlm blog ini dan sebarkan.. kita ramai ramai baca yassin supaya sang fitnah memgelupor kepanasan bersama anak cucu...


    sebarkan pada blog blog lain... ayoh rakyat malaysia hentikan politik kotor fitnah jijik oleh pemimpin fitnah ini.. Kalau kempan solat hajat dan baca yassin sekali pun ok jugak ...


    ayohh sebarkannn...!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan