Tuesday, 3 December 2019

Najib Kaitkan Sultan Mizan Pulak

Najib Kaitkan Sultan Mizan Pulak | Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengaku dia mengenali Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan percaya ahli perniagaan itu mampu memudahkan urusan pelaburan Malaysia di Timur Tengah.

Memberi keterangan dalam perbicaraan kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Jho Low menampilkan diri sebagai seorang yang berpengaruh di Timur Tengah.

Menjawab soalan peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan sama ada Jho Low ada sebarang peranan dalam 1MDB selepas syarikat itu diambil alih kerajaan persekutuan, Najib berkata Jho Low sudah berada di situ sejak syarikat itu ditubuh sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009.

Katanya lagi, Jho Low ketika itu menjadi penasihat kepada Sultan Mizan Zainal Abidin yang ketika itu merupakan pengerusi lembaga penasihat TIA.

Sultan Mizan juga Yang di-Pertuan Agong pada masa itu.

Najib Kaitkan Sultan Mizan Pulak


"Saya dimaklumkan bahawa Jho Low telah dilantik sebagai penasihat kepada pengerusi Lembaga Penasihat TIA yang ketika itu Tuanku sendiri.

"Dia menampilkan dirinya sebagai seorang yang ada pengaruh besar di Timur Tengah, yang membuat saya percaya bahawa dia sepatutnya dapat membantu dalam pelaburan dan perniagaan (saham) dengan mereka (negara Timur Tengah)," kata Najib yang membaca pernyataan saksi.

"Negara-negara ini, yang bermaksud negara-negara Timur Tengah, pada masa itu mengalami limpahan tunai berikutan kenaikan harga minyak (global). Oleh itu, saya berpendapat bahawa pengaruh dan hubungan Jho Low akan memudahkan objektif dan pelaburan 1MDB seperti yang diharapkan."

Ini merupakan hari pertama Najib memberi keterangan di kandang saksi selepas mahkamah mengarahkannya untuk membela diri.

Ini juga kali pertama seorang bekas perdana menteri Malaysia memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah.


Najib Kaitkan Sultan Mizan Pulak


Najib berkata, Jho Low adalah kenalan rapat Sultan Mizan dan kekandanya Tengku Rahimah Sultan Mahmud.

Berdasarkan pemahamannya, kata Najib, idea TIA tercetus daripada perbincangan antara Sultan Mizan, Jho Low dan kerajaaan Terengganu.

"Saya dimaklumkan bahawa Jho Low telah dilantik sebagai penasihat kepada pengerusi Lembaga Penasihat TIA yang ketika itu Tuanku sendiri," katanya lagi. -mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan