Wednesday, 11 December 2019

Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea 2019

Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea 2019 | Sukan SEA yang merupakan antara acara sukan yang berprestij dalam rantau Asia Tenggara bakal dilangsungkan buat kali ke 30. 

Negara Filipina telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara dwi-tahunan ini yang bakal dilangsungkan pada 30 November hingga 11 Disember 2019. 

Edisi Sukan SEA kali ini melihatkan penganjuran sukan dan dipertandingkan di tiga kluster utama iaitu Manila, Subic dan Clark.

Ini merupakan kali keempat Filipina berjaya menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA. Sebelum ini, Filipina juga pernah menjadi tuan rumah bagi edisi Sukan SEA 1981, 1991 dan 2005.

Edisi kali ini merupakan edisi yang dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi edisi pertama penganjuran “e-sports” serta mempunyai bilangan sukan paling tinggi dalam sejarah permainan, dengan jumlah keseluruhan 56 jenis acara permainan dan sukan bakal dipertandingkan.

Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea 2019


Pasukan Malaysia melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengumumkan sasaran kontinjen Malaysia yang akan dihantar pada Sukan SEA ke-30 adalah sebanyak 1,200 atlet dan pegawai (820 atlet dan 294 pegawai), menjadikan ia jumlah terbesar yang pernah dihantar ke luar Malaysia. 


Namun, atlet-atlet negara bakal menghadapi cabaran besar terutamanya dalam mempertahankan gelaran juara keseluruhan kerana pada temasya Sukan SEA di Filipina kali ini kerana tuan rumah menggugurkan beberapa acara yang dikenali sebagai lubuk emas bagi kontinjen Malaysia sebelum ini.

Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea 2019


Berikut merupakan carta kedudukan terkini Sukan SEA 2019 serta jumlah pingat yang dipungut sebagai rujukan semua:


2019_Southeast_Asian_Games_mascot CARTA KUTIPAN PINGAT TERKINI MENGIKUT NEGARA DI SUKAN SEA 2019
Negarapingat-emas  Emaspingat-perak Perakpingat-gangsa  GangsaJumlah
Filipina
137
103
108
348
 Thailand
84
90
107
281
Vietnam
82
80
98
260
Indonesia
70
78
104
252
Malaysia 
51
52
69
172
 Singapura  
50
43
61
154
Kemboja
4
6
32
42
Myanmar
3
18
49
70
Brunei 
2
5
6
13
Laos
5
26
31
Timor Leste
1
5
6
Jumlah
Info-Lain KEDUDUKAN SETAKAT
10 Disember : 1210PMLive-Score



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan