Wednesday, 18 December 2019

Impak Besar SD Azilah Hadri

Impak Besar SD Azilah Hadri | Bapa kepada Altantuya warga Mongolia yang dibunuh, Setev Shaariibuu melihat pendedahan mengejutkan oleh bekas polis yang menunggu hukuman mati, Azilah Hadri pada hari ini sebagai peluang untuk Malaysia membersihkan namanya.

Dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini, Shaariibuu berkata beliau kini dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan tetapi sedar mengenai SD Azilah yang mengaku telah membunuh Altantuya pada tahun 2006 selepas didakwa mendapat arahan daripada Najib Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

"Ini peluang pihak berkuasa Malaysia sekarang untuk membersihkan nama negara di peringkat antarabangsa sekiranya mereka dapat segera mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan ini," kata Shaariibuu dari Ulaanbataar, Mongolia.

"Kami berharap pendedahan terkini ini dapat mempercepatkan kebenaran dan membantu keluarga saya menuntut keadilan untuk anak perempuan saya, yang telah meninggalkan kami dengan tiba-tiba secara tidak adil, 13 tahun lalu," katanya.

Shariibuu berjanji untuk bercakap lebih lanjut mengenai perkembangan mutakhir apabila dia keluar dari hospital kelak.

Impak Besar SD Azilah Hadri Pada Najib Razak


"Saya akan mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci mengenai perkara ini dalam beberapa hari lagi," kata Shaariibuu.

Dengan SD berkenaan, Azilah kini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat semakan keputusan mahkamah yang mendapati dia bersalah atas pembunuhan Altantuya.

Azilah, bekas pengawal peribadi Najib, didapati bersalah membunuh Altantuya bersama seorang lagi anggota pasukan elit polis, Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar, yang kini berada di pusat tahanan imigresen di Sydney, Australia.

Sirul Azhar kekal di pusat tahanan Villawood kerana Australia enggan menghantarnya pula disebabkan dasar menentang hukuman mati yang mana bekas anggota UTK itu telah disabitkan kesalahan membunuh di Malaysia.


Mereka dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana disabitkan membunuh dan meletupkan mayat Altantuya dengan bahan peledak gred tentera pada bulan Oktober 2006 di kawasan hutan belukar di Puncak Alam, Shah Alam.

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang juga rakan rapat Najib, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Najib dan Abdul Razak telah menafikan kandungan SD Azilah, dengan bekas perdana menteri menggambarkannya sebagai "rekaan semata-mata."


Impak Besar SD Azilah Hadri


Walaupun Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan terhadap Azilah dan Sirul pada Ogos 2013, namun Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 telah mengembalikan keputusan bersalah terhadap mereka.

Shariibuu menyaman kerajaan Malaysia, Najib, Abdul Razak dan dua bekas anggota UTK polis itu atas pembunuhan Altantuya.






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan