Thursday, 19 December 2019

Azilah Hadri Tidak Pernah Keluar Penjara Kajang Sejak 15 April 2015

Azilah Hadri Tidak Pernah Keluar Penjara Kajang Sejak 15 April 2015 | Jabatan Penjara Malaysia hari ini mempertikaikan kenyataan seorang peguam yang mendakwa bahawa bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri pernah dibawa keluar dari penjara Kajang untuk berjumpa dengan seorang "VVIP" pada bulan Februari lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata Azilah tidak pernah dibawa keluar dari penjara kecuali pada 15 April 2015 apabila banduan yang menunggu hukuman gantung itu terpaksa menghadiri prosiding mahkamah di Sepang.

"Oleh itu, sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak yang mengatakan bahawa Azilah telah dibawa keluar dari penjara Kajang pada tahun ini untuk menemui VVIP adalah tidak benar sama sekali," kata jabatan itu.

Menurut kenyataan itu, pengiringan bagi menghadiri perbicaraan berkenaan dilaksanakan setelah Penjara Kajang menerima Perintah Mengemukakan Orang Dalam Jagaan dari Mahkamah Sepang.

Ini, katanya, selaras dengan Seksyen 30 Akta Penjara yang mengkehendaki banduan menghadirkan diri di mahkamah seperti mana masa dan tempat yang dinyatakan.


Azilah Hadri Tidak Pernah Keluar Penjara Kajang Sejak 15 April 2015



Menurut jabatan itu lagi, berdasarkan rekod, Azilah telah dilawati sebanyak 34 kali oleh keluarga dan 15 kali oleh peguam beliau di Penjara Kajang sejak setahun yang lalu.

"Lawatan ini dijalankan seperti mana Peraturan 179 Peraturan Penjara 2000 berkenaan lawatan kepada mana-mana banduan akhir," kata kenyataan itu.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah semalam membuat kenyataan bahawa berdasarkan "maklumat yang sangat dipercayai” tetapi tidak boleh didahkan dirinya bahawa banduan itu pernah dibawa keluar pada Februari tahun ini.

Peguam yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak itu walau bagaimanapun, tidak mendedahkan identiti VVIP berkenaan.

"Di luar penjara, bukan di dalam penjara. Ini apabila dia sedang menunggu hukuman mati. Ini benar-benar langgar protokol, tetapi seperti yang saya katakan, saya tidak boleh mengesahkannya, saya sedang cuba untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

Shafee membuat dakwaan berkenaan susulan tindakan Azilah yang memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan mahkamah persekutuan yang mendapati dirinya bersalah kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Dengan berbuat demikian, Azilah mengemukakan akuan berkanun (SD) yang mendakwa bahawa dirinya telah diarahkan oleh Najib untuk membunuh Altantuya, yang dituduh oleh bekas perdana menteri itu sebagai seorang perisik asing.


Azilah Hadri Tidak Pernah Keluar Penjara Kajang Sejak 15 April 2015


Pada tahun 2015, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan seorang lagi bekas anggota UTK polis, Sirul Azhar Umar.

Walau bagaimanapun, Sirul berjaya melarikan diri ke Australia selepas pembebasan itu dan kini berada di pusat tahanan imigresen di Sydney.

Razak Baginda sekutu rapat Najib didakwa bersubahat dengan kedua-dua mereka itu tetapi dia juga kemudiannya dibebaskan.

Keputusan untuk tidak merayu pembebasan Razak Baginda dan proses mahkamah yang gagal mengketengahkan motif pembunuhan serta kegagalan pendakwaan untuk memanggil bekas ketua pengiring Najib, Musa Safri, yang didakwa oleh Azilah memainkan peranan penting, sebagai saksi menimbulkan spekulasi terdapat cubaan untuk menutup kes.

Najib menafikan dakwaan Azilah, dan menuduh semua itu semata-mata rekaan dan plot politik untuk membungkamnya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan