Anwar Ibrahim Bakal Jadi Menteri Tugas Khas | Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memilih untuk tidak mendedahkan keputusannya berkenaan cadangan melantik Anwar Ibrahim sebagai menteri tugas khas.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan cadangan penasihat medianya A Kadir Jasin, beliau menjelaskan semua orang bebas mengeluarkan pendapat mereka.
"Saya dengar semua orang punya cakap. Tak semua kita setuju. Banyak (juga) cadangan mengenai rombakan kabinet, ini kebebasan bersuara.
"Anda boleh tanya apa yang anda suka tapi sama ada saya akan respons atau tidak, apa yang saya fikirkan, saya simpan sendiri," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Anwar dan Kadir dalam acara makan malang ulang tahun ke-20 Malaysiakini, Sabtu lalu. Semalam, Kadir mencadangkan Anwar dilantik sebagai menteri tugas khas susulan kesediaan Mahathir mempertimbangkang rombakan kabinet selepas kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Anwar Ibrahim Bakal Jadi Menteri Tugas Khas
Tak tahu perjumpaan bekas anggota PKM
Sementara itu, Mahathir berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai perjumpaan sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang pada Ahad lalu.
"You cakap tentang parti komunis. Saya baca surat khabar saja. Saya baru balik dari Korea. Tanya pasal Korea saya boleh jawab," katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin turut menyuarakan kebimbangannya berkaitan pertemuan kontroversi itu dan berharap polis, termasuk pasukan risikan, menyegerakan siasatan mereka.
Antara persembahan dalam acara di Kajang Ahad lalu. Acara pada 1 Disember itu dihadiri 300 orang yang kebanyakannya warga tua.
Anwar Ibrahim Bakal Jadi Menteri Tugas Khas
Ia dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani pada 2 Dis 1989. Acara serupa juga diadakan di Hat Yai malam tadi. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke

Thank you for every other informative blog. Where else could I get that kind of info written in such a
ReplyDeleteperfect means? I've a venture that I am simply now operating on,
and I've been at the glance out for such information.