Monday, 25 November 2019

Zuraida Kamaruddin Hanya Perlu Hadir Mesyuarat Parti

Zuraida Kamaruddin Hanya Perlu Hadir Mesyuarat Parti | Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin akan mengetahui maklumat penuh di sebalik pemecatan bekas setiausaha politik Baru Bian, Zakaria Abd Hamid jika dia menghadiri mesyuarat parti, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

“Saya rasa kalau beliau hadir mesyuarat biro politik mingguan dan juga mesyuarat majlis pimpinan pusat semalam, maklumat penuh yang disampaikan kepada kami cukup jelas untuk tindakan diambil (terhadap Zakaria).

“Jadi saya tegaskan sekali sama sama dengan pimpinan yang lain untuk peringatkan diri sendiri untuk sentiasa hadir mesyuarat gunakan platform pertemuan parti ini untuk bincangkan perkara, bukan untuk kita keluarkan kenyataan dalam media bagi saya itu tidak menyelesaikan masalah dan hanya bantu untuk merumitkan keadaan.

“Platform terbaik adalah utntuk beliau hadir mesyuarat saya tegaskan sekali lagi,” kata Fahmi kepada pemberita di parlimen hari ini.

Zuraida Kamaruddin Hanya Perlu Hadir Mesyuarat Parti


Mengulas, dakwaan ketua PKR cabang Bera yang beliau tidak pernah dipanggil untuk membela diri berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya, Fahmi berkata, Zakaria telah berjumpa dengan presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum pemecatan itu.

Katanya, perlembagaan parti, juga membenarkan mana-mana ahli yang dipecat untuk merayu kepada presiden supaya dibenarkan kembali sebagai ahli.

Zuraida sebelum ini membidas keputusan parti itu yang memecat Zakaria dan mendakawa PKR tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar undang-undang.

Pengerusi lembaga disiplin parti Ahmad Kassim berkata keputusan yang dibuat adalah berdasarkan surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 23 Oktober lalu yang menasihati parti untuk meneliti dakwaan terhadap mereka.

Zuraida Kamaruddin Hanya Perlu Hadir Mesyuarat Parti


Zakaria, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Berikutan pemecatan itu, Zakaria memberitahu Malaysiakini bahawa dia disingkirkan daripada PKR tanpa diberi peluang untuk membela dirinya. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan