Tuesday, 5 November 2019

Syarat-Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai

Syarat-Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sekali lagi mengingatkan calon dan parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai supaya tidak menjalankan aktiviti menjamu makanan dan minuman serta memberi hadiah, sama ada barangan atau wang, yang boleh mempengaruhi pengundi.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan berkata perkara-perkara itu merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau turut mengingatkan calon-calon atau parti-parti politik supaya tidak menyalahgunakan aset kerajaan atau kuasa kerajaan untuk meraih undi, dan mahu semua pihak terlibat supaya berkempen secara berhemah dan mengikut etika kempen yang menjamin keharmonian masyarakat.

“Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen diingatkan agar sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya sepanjang tempoh kempen pilihan raya yang bermula selepas perisytiharan calon oleh Pegawai Pengurus pada 2 Nov 2019 sehingga 11.59 malam, 15 Nov,” katanya.

Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran proses serta tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam sehingga berakhirnya tempoh berkempen.

Syarat-Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai


“Perlu juga diingatkan bahawa apa-apa tindakan ataupun pernyataan yang mengganggu mana-mana pengundi daripada menjalankan hak pemilihannya secara bebas juga merupakan satu kesalahan. Antaranya tindakan atau pernyataan yang bertujuan ataupun cenderung untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati ataupun permusuhan antara kaum; mengancam hendak menggunakan kekerasan, keganasan ataupun halangan ke atas pengundi,” katanya.

Menurutnya lagi, segala arahan pihak berkuasa terutamanya SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa tempatan hendaklah sentiasa dipatuhi.

“Sebarang perbuatan yang melibatkan amalan rasuah haruslah dilaporkan kepada SPRM, manakala bagi setiap kesalahan lain di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya atau di bawah Kanun Keseksaan hendaklah dilaporkan kepada PDRM.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat ataupun apa-apa keterangan mengenai pelanggaran undang-undang oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti kempen disarankan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan,” tambahnya.

Azhar berkata semua pihak turut diingatkan bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi termasuklah melalui saluran media sosial, malah kesemua parti dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggarakan pejabat atau barung semasa hari mengundi.

Syarat-Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai


PRK itu menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Parti Barisan Jemaah Islamiah) dan dua calon Bebas iaitu pengasas pusat tuisyen Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

Hari mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan pada 16 Nov, manakala pengundian awal pada 12 Nov ini. - md




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

2 comments:

  1. Hi there, I discovered your site by the use of Google whilst searching for a comparable
    topic, your website came up, it seems to be great. I've bookmarked it in my google
    bookmarks.
    Hello there, just became aware of your weblog
    through Google, and found that it is truly informative.
    I am going to be careful for brussels. I will be grateful
    if you happen to continue this in future. A lot of other people will probably be
    benefited out of your writing. Cheers!

    ReplyDelete
  2. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point.
    You definitely know what youre talking about, why waste your intelligence on just posting videos to your blog
    when you could be giving us something informative to
    read? fotbollströjor WillisDun Manchester City Trøje ErwinsdTa

    AlenaCope fotbollströjor CurtFihel

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan