Saturday, 2 November 2019

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Keputeraan Sultan Perak

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Dan  Pingat Sempena Keputeraan Sultan Perak | Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendahului senarai 254 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang ke-63.

Al-Sultan Abdullah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas, dikurniakan Darjah Kerabat.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata tarikh bagi pengurniaan Darjah Kerabat kepada Yang di-Pertuan Agong akan ditetapkan oleh Al-Sultan Abdullah.

Sementara itu, Mohd Zahidi berkata sempena hari keputeraan tahun ini, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula menjadi penerima tunggal Darjah Seri Pahlawan Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, manakala Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Abu Seman.

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Dan  Pingat Sempena Keputeraan Sultan Perak


Sementara itu, seramai 12 individu menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk seorang penerima Darjah kehormat iaitu Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Turut menerima DPMP ialah dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak (Exco) iaitu Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi serta Pengerusi Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamahri.

Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Kementerian Pertahanan Brig Jen Mustaffa Othman serta Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman SAC Azizi Mat Aris merupakan antara empat penerima Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk.

Menurut Mohd Zahidi, istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran negeri Perak kepada semua 19 penerima SPMP, SPTS, DPCM, DPMP dan DPTS oleh Sultan Nazrin akan berlangsung pada 9 pagi, 10 Nov di Balairung Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, Mohd Zahidi berkata sesi kedua istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak kepada 234 penerima akan diadakan pada pukul 9 pagi, 16 Nov juga di Balairung Seri, Istana Iskandariah.

Katanya Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada tujuh penerima, manakala Ketua Editor dan Penerbitan Bernama TV, D. Arul Rajoo merupakan salah seorang daripada 23 penerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP).

Selain itu, seramai sembilan orang menerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 44 dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), manakala Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dianugerahkan kepada 50 penerima.

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Dan  Pingat Sempena Keputeraan Sultan Perak


Dua atlet boling padang Perak iaitu Syairah Mat Isa dan Nur Fidrah Noh menjadi antara 95 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), sementara enam lagi penerima menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Mohd Zahidi berkata hari ini semua masjid di Perak akan mengadakan bacaan Yasin, majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin.

Katanya rakyat juga disaran meraikan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan-bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman.

“Untuk menambah suasana meriah dan keceriaan menyambut kehadiran tetamu sempena Majlis Santapan Malam pada 9 Nov di Istana Iskandariah, bangunan-bangunan pejabat, perniagaan dianjurkan memasang lampu pada malam tersebut sehingga pukul 12 tengah malam,” katanya. - bernama


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

2 comments:

  1. I blog often and I seriously appreciate your information. The article has truly peaked my interest.
    I will take a note of your site and keep checking for new
    details about once a week. I subscribed to your Feed too.

    ReplyDelete
  2. Have you ever considered publishing an e-book or guest authoring on other sites?
    I have a blog based on the same subjects you discuss and would love to have you share some
    stories/information. I know my subscribers would appreciate your work.

    If you are even remotely interested, feel free to shoot me an email.
    fotballdrakter barn Wilhelmin maglie calcio a poco prezzo BUDChadwi

    ElaneLoq fotbollströjor ArdisWill

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan