Saturday, 16 November 2019

Petanda Pakatan Harapan Menang PRK Tanjung Piai

Petanda Pakatan Harapan Menang PRK Tanjung Piai | Di sini ada sebuah kawasan dikenali sebagai Penerok. Terdapat lebih kurang daripada 1,800 pengundi di situ dengan nisbah penduduk Melayu dan Cina ialah 7:3.

Berbanding kawasan mengundi yang lain, kecenderungan politik penduduk Penerok amat menarik.

Berdasarkan tinjauan Malaysiakini, majoriti pengundi Melayu adalah pengikut setia BN dan Umno. Namun dalam kalangan sekumpulan pengundi Cina, mereka adalah penyokong tegar DAP.

Keberadaan mereka boleh diumapakan satu titik merah dalam lautan membiru.

Pada pilihan raya umum lalu, BN mendapat 984 undi di Penerok, manakala PH memperoleh 702 undi. Satu lagi parti yang bertanding ialah PAS. Mereka sekadar menerima 114 undi.

Dari segi geografi Penerok terletak berhampiran Selat Melaka. Maka selain menanam kelapa sawit, ramai penduduk di situ bekerja sebagai nelayan.

Sekiranya melalukan perjalanan dari Pontian ke Kukup Laut, pastinya anda akan melalui sebuah kopitiam Cina bernama Keng Guan.

Kopitiam itu beroperasi secara sangat sederhana. Ia hanya menjual kopi dan roti. Dari luar premis itu kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun kedai itu bukan sekadar tempat menimkati kopi dan roti.

Ramai masih di luar kawasan

Kopitiam Keng Guan adalah 'markas' ahli veteran DAP dan penyokong parti itu di Penerok.

Petanda Pakatan Harapan Menang PRK Tanjung Piai


Kepentingan kedai itu amat ketara apabila pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, memilihnya sebagai lokasi pertama beliau berkempen di Tanjung Piai.

Sewaktu Malaysiakini meninjau di kawasan Penerok pada Isnin lalu, kebetulan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, dan beberapa pembantunya turut berada di kedai tersebut.

Salah seorang pengunjung kopitiam tersebut, Chong, memberitahu dia sudah menyertai DAP sejak lebih 30 tahun lalu. Dia memberitahu Malaysiakini, ada lebih 100 keluarga Cina tinggal di Penerok dan sekurang-kurangnya 70 peratus adalah penyokong PH.

“Kami di sini biasanya 'merah' punya. Kalau kamu pergi ke depan sikit lagi, ada kampung Melayu, sana semua biru,” katanya secara berkias, merujuk kepada warna yang dikaitkan dengan BN dan PH.

Chong berumur 50 tahun. Dia biasa membezakan BN dan PH dengan warna biru dan merah. Pada pandangannya, prestasi PH selama 18 bulan ini masih kira OK, kecuali Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang dirasakannya “tak bagus”.

“Mahathir tak baguslah, selalu kenakan kami orang Cina. Kalau Mahathir buat kerja bagus, biru susah nak ambil balik (kerusi ini),” tambahnya.

Apabila diberitahu bahawa ceramah pertama Lim baru-baru ini tidak ramai orang hadir, Chong memusing-musing kepalanya sebelum berkata: “Nak buat macam mana? Ramai masih ada di luar kawsasan.”

Bagaimanapun, apabila mengetahui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, akan datang ke Tanjung Piai pada Khamis untuk membantu kempen PH, Chong berasa kembali teruja.

“Nga ialah idola saya. Saya suka ceramahnya, kalau dia datang mesti ramai orang,” katanya.

Sewaktu ceramah tersebut, penulis semapt bertanya kepada penduduk tempatan mengenai siapa yang mereka sokong. Seorang pak cik Cina menunjukkan kad ahli DAP yang disimpan dalam dompetnya dengan bangga.

Sana ada sikit-sikit

Namun keadaan amat berbeza apabila berada di kampung sebelah yang majoriti penduduknya Melayu.

Sarina Shahril berusia 29 tahun. Dia sedang menjaja kuih-muih di bawah khemah tepi jalan. Dia memberitahu kebanyakan penduduk Melayu Penerok adalah penyokong setia BN.

Pada masa sama, Sarina menjelaskan, walaupun ahli Umno namun dia tidak aktif dalam parti itu kerana sibuk mencari rezeki. Dia juga mengaku tidak sempat menghadiri mana-mana ceramah sepanjang tempoh berkempen.

"Sibuk," katanya.

Namun begitu, bantuan dan jasa yang disumbang oleh calon MCA, Wee Jeck Seng, masih tetap dikenanginya sehingga kini walaupun tempoh perkhidmatan calon BN itu selama dua penggal sudah lama berlalu.

“Rumah kami pernah kena ribut dua kali. Sehari kemudian saja, dia akan datang bantuan. Dia memang pemimpin yang amat baik,” katanya.

Sarina berkata, dalam PRK Sabtu ini dia pasti menyokong Wee. Dia tidak peduli tentang hakikat bahawa calon BN itu berbangsa Cina atau bukan beragama Islam.

Ketika kami berbual-bual, secara kebetulan Liew dan penyokong PH datang menyapa Sarina dan penduduk yang lain.

Petanda Pakatan Harapan Menang PRK Tanjung Piai


Selepas beberapa detik, mereka berlalu dan kami menyambung perbualan. Apabila ditanya sama ada dia tahu jumlah ahli Bersatu di Penerok, Sarina menunjuk ke arah sebelah jalan di hadapannya.

"Di sana ada la sikit-sikit," katanya.

Pada pandangan Sarina, orang yang menyertai Bersatu adalah individu yang hatinya tidak kental.

“Angin tiup sini, dia ke sini; angin tiup ke sana, dia ke sana,” kata Sarina sambil ketawa.

Kemudian Sarina berkata: “Tadi lelaki yang ada di sebelah timbalan menteri Cina tu (Liew) berbisik-bisik kepada saya, minta undilah PH kerana calonnya orang Islam.

“Kalau tidak boleh jaga negara, pilih orang Islam pun tak jadi. You tengok manifesto 100 hari mereka, apa sudah buat?

“Kita sudah cuba test sekali tidak apa, kali ini kita try (tukar) pula,” katanya.

Asyik mengata satu sama lain

Di kawasan Penerok terdapat lima atau enam cawangan Umno. Pada hari keempat kempen PRK Tanjung Piai, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, datang ke situ untuk berceramah dengan Wee.

Ceramah itu diadakan di sebuah warung kecil nelayan di tepi kebun kelapa sawit. Walaupun keadaan malam itu sangat gelap, namun dapat dilihat ada lebih 200 orang hadir mendengar ceramah yang berlanjutan sehingga kira-kira jam 11.30 malam.

Sementara itu, apabila sampai di sebuah warung di tepi jalan, penulis bertemu dengan dua orang penduduk Melayu dan Cina yang minum teh semeja.


Koh (kiri) bersama Ahmad Ibrahim.
Mereka ialah Koh Chang Ling, seorang juruteknik berusia 54 tahun, dan Ahmad Ibrahim, 60, bekas nelayan.

Ketika ditanya pilihan mereka Sabtu ini, Koh dan Ahmad sama-sama memberitahu, belum ada kepastian.

Koh berkata, semasa PRU tahun lalu dia mengundi PH tetapi belum tentu pilihannya akan sama dalam PRK kali ini. Cuma, katanya, ramai kawan yang akan mengundi Wee.

Hal itu, kata Koh, mungkin akan mempengaruhinya pada Sabtu nanti.

“Saya menetap dekat sini saja. Ceramah Tok Mat dan Kit Siang, dua-dua saya pun ada pergi, tapi, dua-dua pihak asyik mengata sama satu lain saja,” katanya.

Namun kata Koh, langkah kerajaan mengurangkan elaun nelayan memberi impak yang besar kepada golongan itu dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati.

Bagi Ahmad pula, dia turut mengakui belum pasti akan memangkah siapa Sabtu nanti. Namun antara isu yang dipentingkannya untuk membuat pilihan adalah isu nelayan.


Petanda Pakatan Harapan Menang PRK Tanjung Piai


“Dulu nelayan dapat RM300, lepas itu turun jadi RM200, sekarang apa pun tak ada.

“Sekarang (kerajaan Johor) pula kata nak bagi RM1,000, tapi itu pun tak tahu datang ke tidak. Kalau belum bagi tu, maknanya cakap tidak betullah. Kalau sudah kasi minggu ini, masih boleh fikir lagi,” jelasnya dengan senyuman.

Jumaat ini DAP dijadual akan mengadakan ceramah kelompok di Penerok. Tidak dapat dipastikan sama ada gerak gempur pada saat-saat akhir itu mampu menambah sokongan pengundi kepada PH atau diterjemah ke kertas undi untuk memenangkan Karmaine Sardini.

Jawapannya akan diperolehi Sabtu ini. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan