Tuesday, 12 November 2019

Perbicaraan Kes Rogol Exco Perak Paul Yong

Perbicaraan Kes Rogol Exco Perak Paul Yong | Perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan anggota Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Keong, bermula di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini.

Saksi pertama, yang juga mangsa, tiba kira-kira jam 8 pagi bagi proses perbicaraan yang dijalankan secara tertutup. Ketibaan saksi itu bagaimanapun tidak disedari orang ramai.

Pihak media dimaklumkan, dia tiba dengan menaiki kenderaan Kedutaan Indonesia kerana masih di bawah perlindungan Kedutaan Indonesia.

Yong, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, tiba dengan sebuah kenderaan peribadi di mahkamah kira-kira jam 8.55 pagi.


Perbicaraan Kes Rogol Exco Perak Paul Yong


Kira-kira 200 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu berkumpul di pekarangan mahkamah sejak jam 7.30 pagi.

Mereka membawa bersama beberapa kain rentang, sepanduk dan plakad yang menyatakan sokongan terhadap pemimpin DAP itu.

Kawasan mahkamah dikawal ketat dan media turut tidak dibenarkan masuk.

Pada 22 Oktober lalu, Hakim Norashima Khalid menetapkan 11 hingga 15 November sebagai tarikh perbicaraan kes tersebut.

Perbicaraan Kes Rogol Exco Perak Paul Yong


Paul Yong didakwa merogol mangsa, berusia 23 tahun, antara 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu, di sebuah bilik di tingkat atas di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar mengetuai pasukan pendakwaan manakala pihak pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh. - awani



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan