Thursday, 28 November 2019

PAS Takut Dengan Abu Mayat Chin Peng?

PAS Takut Dengan Abu Mayat Chin Peng? | Beberapa pemimpin PAS hari ini tampil membidas tindakan sesetengah pihak yang membawa pulang abu mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia untuk disempurnakan.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin, tindakan itu bukan sahaja mencabul kedaulatan undang-undang, tetapi mencabar sensitiviti rakyat yang menolak idealogi komunisisme dan pendekatan ganas Chin Peng.

“Tindakan pihak-pihak terbabit membawa masuk abu mayat tersebut juga adalah satu pencerobohan serius yang telah melanggar benteng pertahanan dan wajar diletakkan sebagai pengkhianatan terhadap maruah dan keselamatan tanah air ini.

“Sikap tidak setia kepada negara ini tidak harus dipandang enteng kerana ia merisikokan Malaysia kepada musuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan melalui Harakahdaily.

Menurut Khairil, paling dangkal apabila pihak Kementerian Dalam Negeri sekadar beralasan tidak tahu yang hanya menunjukkan kelemahan teramat ketara risikan dan maklumat berkaitan.

Semalam, kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng pada sidang akhbar, mendedahkan abu bekas pemimpin PKM itu telah dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.

PAS Takut Dengan Abu Mayat Chin Peng?


Separuh daripada abunya ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak iaitu di negeri kelahirannya dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu mengenang tapak-tapak ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini pula meminta pihak keselamatan negara segera mematahkan cubaan untuk menyebar semula agenda komunis di negara ini.

“Terdapat pihak sengaja mengangkat pemimpin komunis sebagai pejuang kemerdekaan, mengubah sejarah, membawa balik abu Chin Peng dan menghina Jalur Gemilang.

“PAS percaya anasir ini akan terus membuat pelbagai lagi tindakan bagi memastikan agenda komunisme menjadi dominan di Malaysia,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, komunis melakukan pemberontakan bersenjata di Malaysia sehingga mengorbankan ribuan nyawa termasuk perajurit negara.

Justeru, tindakan kumpulan itu hanya akan menyebabkan “luka lama akan berdarah kembali.”

“Komunis bukan hanya mahu menyebarkan idealogi sahaja tetapi mahu merampas kedaulatan dan kepimpinan negara.


PAS Takut Dengan Abu Mayat Chin Peng?


“Jangan gugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dengan ancaman komunisme. Tidak keterlaluan jika dikatakan agenda ini didalangi oleh satu rangkaian antarabangsa yang lebih besar,” katanya.

Beliau juga berharap agar rakyat negara ini bersatu padu dan berhati-hati dengan ancaman komunisme.

Malah, katanya, rakyat juga diminta untuk tidak mengambil tindakan balas di luar batas undang-undang tetapi menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mematahkan agenda komunisme di negara ini.

Untuk rekod, kerajaan BN sebelum ini tidak membenarkan mayat Chin Peng dibawa ke negara ini selepas kematiannya pada 2013 atas alasan golongan veteran polis dan tentera masih berasa benci kepada pemimpin PKM itu. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan