Saturday, 2 November 2019

Live Streaming Piala Malaysia 2019 JDT vs Kedah

Live Streaming Piala Malaysia 2019 JDT vs Kedah | Sebelum kita ke peringkat yang lebih penting kelayakan piala dunia. Hari sabtu ini kita ada perlawanan penting dalam dalam kejohanan piala malaysia 2019. Final pentas diantara pasukan JDT vs Kedah edisi 2019. 

Perlawanan yang ditunggu-tunggu yang akan menjadi sebutan pasukan manakah yang akan digelar raja piala malaysia.  HANYA dengan menjulang Piala Malaysia bakal melengkapkan karier seorang pemain bola sepak tempatan, malah boleh dikatakan ia memberi kenangan abadi yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Kegagalan Kedah yang tidak mampu menyerap tekanan yang dilakukan JDT lebih awal dilihat antara faktor kekalahan pasukan tersebut pada final Piala Malaysia 2017 menyaksikan mereka tumpas 2-0.

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau telah meneliti rekod perlawanan tersebut dan ulangan final Piala Malaysia 2019 di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini perlu dilakukan sebaik mungkin selain mengelakkan kesilapan selepas mereka kehilangan dua tonggak di bahagian pertahanan iaitu Renan Alves dan Rizal Ghazali.

Jelasnya apabila berdepan pasukan pilihan yang kuat seperti Harimau Selatan, semua pemain perlu memberikan segala-galanya malah perlawanan ini juga adalah penutup tirai bagi Liga Malaysia 2019.

"Pada final Piala Malaysia 2017, saya lihat Kedah tewas disebabkan gagal 'settle down' awal pada perlawanan tersebut. Ini final, perlu memberikan aksi terbaik kerana ini adalah perlawanan terakhir pada musim 2019," katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman petang tadi.

Tambah Aidil, beliau sudah mempunyai bayangan pemain-pemain yang akan mengisi kekosongan Renan, Rizal serta kesebelasan utama namun masih lagi sedang diperhalusi sepanjang tempoh baki persediaan yang ada sebelum mereka berlepas ke Bukit Jalil.


Live Streaming Piala Malaysia 2019 JDT vs Kedah


"Menang ataupun tewas pada perlawanan akhir ini, saya tetap perlu beri kredit kepada semua pemain dan pengurusan atas pencapaian berjaya mara ke pentas final buat kali kedua musim ini. Pada saya kita perlu terus bertenang dan fokus pada perlawanan ini," katanya.

Sementara itu seorang lagi pemain pertahanan Lang Merah, Shakir Hamzah menyifatkan pentas dan aura Piala Malaysia adalah lebih besar dari Piala FA dan tonggak itu bersedia untuk memberikan segala-galanya.

Menurutnya, fokus pasukan langsung tidak tergugat walau kehilangan Renan dan Rizal kerana masih ada pemain Kedah yang lain mampu mengisi kekosongan tersebut dan memberikan aksi terbaik bagi menyaingi JDT.

"Paling penting kita perlu bersatu hati, bekerjasama dan nawaitu perlu sama. Bagi saya memang JDT lengkap di semua posisi namun bola itu bulat dan di atas padang apa-apa boleh saja terjadi," katanya.

Kedah lebih selesa tampil selaku pasukan underdog apabila membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Bukit Jalil hari ini.

Begitupun, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, skuad Lang Merah tetap akan memberikan saingan dan berazam mengejutkan Harimau Selatan.

"Atas kertas ramai yang memilih JDT, sebab itu Kedah hadir selaku pasukan bukan pilihan. Namun, saya percaya dengan kemampuan semua pemain-pemain Kedah untuk sekali lagi mempamerkan aksi terbaik selepas usaha keras mereka yang menafikan kemaraan satu lagi pasukan pilihan, Pahang pada peringkat separuh akhir.

Live Streaming Piala Malaysia 2019 JDT vs Kedah


"Semua pemain Kedah beraksi sebagai satu pasukan, satu keluarga dan rata-rata pemain yang saya jumpa menyatakan hasrat mahu kembali membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Darul Aman, saya mempunyai keyakinan kepada mereka," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Menurut Mohd Asmirul, kehilangan dua tonggak pertahanan iaitu Renan Alves dan Rizal Ghazali akibat digantung perlawanan pada aksi final nanti langsung tidak menggusarkan KFA.

"Memang Renan dan Rizal tonggak penting Kedah pada setiap perlawanan tetapi kita tidak boleh menyerah awal kerana masih ada pemain lain yang sedia isi kekosongan itu.

"Situasi sama berlaku pada final Piala FA sewaktu menentang Perak apabila kita kehilangan Renan. Namun, barisan kejurulatihan berjaya mengisi kekosongan itu dengan meletakkan Amirul Hisham (Awang Kechik) di posisi itu, ia berjaya dan Kedah muncul juara," ujarnya.

Mohd Asmirul berkata, beliau percaya dengan kemampuan Aidil Sharin Sahak untuk mengemudi Lang Merah di pentas akhir buat kali kedua musim ini dan semua penyokong perlu terus berdiri teguh memberikan sokongan penuh kepada pengendali kelahiran Selangor itu.

Dalam perkembangan lain, pihaknya percaya agihan tiket lebih 26,000 kepada penyokong Kedah mampu memenuhi permintaan, sekali gus memberi tonik tambahan kepada Lang Merah apabila berdepan JDT nanti.

Main macam biasa je kali ini , pemilik JDT, TMJ pun sudah bagi pendapat mungkin peluang pun masih 50-50 sebab masing-masing mahu lakukan yang terbaik dan fokus utama ialah Piala ACL, Liga juara-juara asia.

Tunku Ismail menyatakan bahawa sangat sedikit pemisahan kedua-dua pasukan dan apa saja yang mungkin dalam perlawanan intensiti tinggi, terutama di final.

"Ia perlawanan akhir 50-50. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Saya berharap kedua-dua pasukan terbaik, "kata Tunku Ismail ketika ditemui pemberita semasa lawatannya ke ibu pejabat Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, di sini hari ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di final pertandingan berprestij itu adalah pada 2017 yang menyaksikan JDT mengalahkan Kedah 2-0 dan menamatkan kemarau Piala Malaysia 32 tahun sejak dari dulu lagi tuh ha.

JDT yang merupakan juara Piala Sumbangsih empat kali dan juara Liga Super enam kali berturut-turut, akan melihat kejuaraan Piala Malaysia kedua mereka dalam tempoh tiga tahun selepas mencapai kemenangan akhir dengan mengalahkan Selangor 5-1 secara agregat di separuh akhir.

Kedah, yang telah memenangi juara Piala FA musim ini, melalui jalan yang sukar sebelum menewaskan Pahang 8-8 dalam agregat untuk memasuki final.

Live Streaming Piala Malaysia 2019 JDT vs Kedah


Sementara itu, Tunku Ismail tidak menolak kemungkinan JDT akan muncul sebagai juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) dalam masa terdekat tetapi menyatakan bahawa perjalanan skuad Harimau Selatan masih jauh.

Walau bagaimanapun, beliau berkata peluang untuk bersaing dalam kejohanan pada masa ini memberikan pendedahan yang berguna kepada pemainnya.

"Projek kami (JDT) berusia beberapa tahun berbanding dengan gergasi Asia lain yang telah lama bermain dalam persaingan yang berprestij ini ... tetapi kami mempunyai program pembangunan, memenangi ACL mungkin tidak mungkin sekarang tetapi dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku.

"Saya tidak menumpukan perhatian kepada perkara itu. Saya lebih suka memilih JDT bermain di ACL kerana pendedahan berguna pada kejohanan berkualiti untuk pemain JDT tempatan, "katanya.


Keputusan semasa: JDT (3) vs (0) Kedah


Lihat live streaming JDT vs Kedah di https://myklik.rtm.gov.my/live.php?ch=1


Lihat promo Piala Malaysia 2019 di bawah..






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan