Friday, 15 November 2019

Ketahuilah Empat Sebab Isteri Patut Buat Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Bolehkah Tuntutan Harta Sepencarian Dielakkan Jika Ia Menyusahkan?

Sediakan payung sebelum hujan...

Isteri selalu berfikiran positif - selalu reda kepada ketentuan. Tetapi itu sebelum berlaku masalah suami-isteri. 

Bila timbul masalah, baru sedar, biasa dah terlewat...


Empat Isu Biasa Mengenai Tuntutan Harta Sepencarian:

- Isteri Yang Diceraikan
- Isteri Yang Dimadukan
- Tidak Mempunyai Anak
- Suami Meninggal

Mari Kita Lihat Senario Di Bawah

1. Penceraian

Penceraian hidup biasanya suami atau isteri tidak ada hak ke atas pasangannya dari sudut harta pusaka kerana mereka bukan waris melalui ikatan perkahwinan. Bagaimanapun, mereka boleh menuntut harta sepencarian ke atas harta pasangan melalui proses mahkamah yang memakan masa, wang dan belum pasti berjaya

2. Suami Berpoligami

Ada kes apabila suami berpoligami, isteri pertama akan teraniaya. Ini kerana ada harta yang dikumpul semasa bahagia akan terlepas kepada isteri kedua. Mungkin isteri pertama mahu menuntutnya di mahkamah, mungkin terlewat apabila tanah atau rumah telah dipindah milik kepada isteri kedua.

3. Suami Meninggal

Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/8, hak ibu-bapa suami ialah masing-masing 1/6, dan baki dibahagikan kepada anak-anak. Jika diberi peluang, tentulah isteri mahu lebih 1/8 kerana bagi menjaga anak, memberi makan-minum merek dan bersekolah.

4. Pasangan Tiada Anak

Apabila suami meninggal dahulu, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/4, baki 3/4 akan difaraidkan kepada ibu bapa suami dan adik-beradik suami. Jika diberi pilihan, tentulah isteri mahu lebih 1/4 kerana pasangan ini telah mengharungi susah-senang hidup secara bersama. Jika mereka ada anak tentulah sebahagian daripada harta pusaka suami jatuh kepada anak-anak mereka.

Apabila berlaku kepada empat isu di atas, baru isteri terlupa fasal reda dengan ketentuan Allah. Isteri akan cuba menggunakan proses mahkamah bagi menuntut harta suami atas dasar harta sepencarian. Tuntutan harta sepencarian bukannya mudah kerana Mahkamah mahukan bukti, isteri perlu melantik peguam dengan kosnya, memakan masa dan belum tentu berjaya.

Cara Penyelesaian Terbaik Bagi Suami Isteri 

Semasa hidup bahagia, isteri boleh mendapat lebih hak sekiranya pasangan ini bersetuju membahagikan harta mengikut persetujuan mereka, samada dengan hibah atau melalui perjanjian suami isteri. Lebih tepat membuat Perjanjian Harta Sepencarian atau sekarang Perjanjian Aset Perolehan Bersama di as-Salihin Trustee Berhad.

Empat sebab Isteri patut buat perjanjian harta sepencarian dengan suami masa tengah berkasih sayang
Biar menyesal dahulu...


Perjanjian Aset Perolehan Bersama (Dulu Deklarasi Harta Sepencarian



Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) ialah perjanjian antara suami-isteri bagi menyerahkan sebahagian atau semua harta kepada pasangannya. Secara undang-undang, ia berkuatkuasa pada tarikh perjanjian itu dibuat. Sebagai contoh, sebuah rumah milik suami dan dengan Deklarasi Harta Sepencarian, suami bersetuju menyerahkan 50% hak pemilikan kepada isterinya.


Implikasi Perjanjian Aset Perolehan Bersama Kepada Isteri

Katakan Dengan Deklarasi Harta Sepencarian Suami Bersetuju Membahagi 50% Rumah Kepada Isteri

Senario 1: Penceraian

Dengan DHP, isteri akan mendapat bahagian harta suami 50% berbanding habuk jika tidak membuat DHP semasa hidup. Andaikan tuntutan mahkamah gagal. 


Senario 2: Suami Berpoligami 



Dengan DHP, isteri akan tetap mendapat hak suami 50% dan ia tidak risau jika dimadukan. Kita andaikan DHP dibuat sebelum suami berangan kahwin lagi. 

Senario 3: Suami Meninggal 

Dengan DHP, isteri akan mendapat 50% sebagai harta sepencarian kerana ia pembahagian semasa hidup. Isteri akan mendapat lagi 1/8 lagi daripada baki 50% harta sebagai harta pusaka. Baki harta pusaka akan diberikan kepada ibu-bapa dan anak-anak mereka (andaian: ada anak lelaki)

Senario 4: Pasangan Tiada Anak

Dengan DHP, isteri akan mendapat 50% harta sepencarian dan 1/8 daripada baki 50% sebagai harta pusaka. Ini dapat mengurangkan bahagian harta yang terlepas kepada famili suami.

Kebaikan Perjanjian Harta Sepencarian

1. Isteri 'feel happy' kerana telah membuat tindakan terbaik bagi meneruskan hidup diri dan anak-anak kerana telah membuat perancangan kewangan lebih awal.

2. Perbalahan keluarga dapat diminimumkan kerana sebahagian daripada harta telah dibahagi semasa hidup.

3. Kos dan masa dapat diselamatkan kerana tidak lagi tuntutan harta sepencarian di mahkamah 

Mengapa Memilih as-Salihin Trustee Bhd Membuat Perjanjian Harta Sepencarian ? 

- as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian dan dokumen perancangan harta yang lain. 

- as-Salihin telah berada di pasaran lebih 10 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan tidak diragukan. 

Proses Membuat Dokumen Deklarasi Harta Sepencarian 

- Suami-isteri berunding dan bersetuju mengenai harta yang hendak dijadikan harta sepencarian 

- Pasangan menghubungi Perunding as-Salihin untuk membuat permohonan menyediakan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian. 

- Pasangan menyertakan salinan IC, salinan sijil perkahwinan. geran atau S & P harta yang hendak dijadikan harta sepencarian 

- Suami atau isteri yang hendak memberi harta sepencarian disyaratkan membuat wasiat bagi memudahkan proses pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian. Dalam kontek ini pelanggan melantik as-Salihin sebagai pentadbir harta pusaka dan pemegang amanah. 



Akal Membolehkan Kita Membuat Keputusan Terbaik 


Perjanjian Aset Perolehan Bersama Harta adalah antara strategi terbaik bagi pasangan suami isteri merancang membahagi harta semasa hidup sebelum berhadapan dengan risiko-risiko yang telah dikupas. 

Sesungguhnya, Allah telah memberi kita akal untuk befikir dan berpandangan jauh bagi membolehkan kita mengurus keluarga dan kewangan dengan lebih cekap 

Mahu Membuat Perjanjian Harta Sepencarian (Perjanjian Aset Perolehan Bersama?

Hubungi saya Abd Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk temujanji dan penjelasan.

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan