Tuesday, 19 November 2019

Kekalahan PRK Tanjung Piai Mesej Rakyat Suruh Tunai Janji Manifesto

Kekalahan PRK Tanjung Piai Mesej Rakyat Suruh Tunai Janji Manifesto | Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lepas adalah mesej rakyat kepada kerajaan supaya menunaikan janji manifesto, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Apa yang rakyat mahu lihat adalah bahawa kita kena menunaikan janji-janji yang kita telah buat. Oleh itu, saya rasa adalah penting bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang digariskan dalam manifesto pilihan raya PH.

Saya yakin kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, rakyat akan membuat penilaian sendiri, dan membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SME Bank Bhd, Malaysia Rail Link Sdn Bhd and China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) pada Isnin.

Bagaimanapun, Lim yang juga Menteri Kewangan menepis dakwaan isu peruntukan belanjawan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) adalah satu-satunya penyebab kekalahan Pakatan Harapan pada PRK Tanjung Piai.

Kekalahan PRK Tanjung Piai Mesej Rakyat Suruh Tunai Janji Manifesto


PRK Tanjung Piai yang berlangsung pada 16 Nov menyaksikan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenanginya dengan majoriti 15,086 undi.

Wee bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal, memperoleh 25,466 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707), diikuti Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa (850) and dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32). - bernama


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

1 comment:

  1. Aku tak mau lagi dengar kononnya manifesto tu bukan kitab suci! Manifesto tu adalah janji dan janji MESTI di tunaikan! Hutang PTPTN mesti dikendalikan dengan bernas dan munasabah malah mangkuk2 seperti Wan Saiful dan Mazlee mesti ditegur kalau tidak di berhentikan. Bersatu sekarang ni merupakan bahagian terlemah pada PH dan melihat dari gelagat2 pimpinannya, mereka tu masih lagi berdarah dan berperangai UMNO (MB Perak terutamanya)! Mana2 pemimpin yang masih ada kasih sayang dan rindu kepada UMNO mesti di buang! Bersatu mesti faham bahawa pengundi cina dan lain2 kaum sangat bijak berpolitik. mereka mungkin masih lagi teguh kepada PH tetapi mereka boleh memboikot parti2 melayu dan ekstrimis. Jika perangai masih lagi ekstrimis perkauman dan agama, jangan harap kamu akan dapat undi non melayu! UMNO dan PAS tak sedar bahawa orang2 cina sekarang bermain catur bukannya macam parti melayu bermain dam ular!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan