Monday, 4 November 2019

Cara Syarikat Di Malaysia Lari Cukai Pendapatan Perniagaan

Ada Yang Lari Dari  Kena Cukai Pendapatan

Teringat seorang kawan saya menjalankan gerai makanan lebih 10 tahun tetapi tidak pernah membayar cukai. Tiba-tiba beliau menerima notis dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya membayar cukai RM250,000.

Macam mana nak setel tu? Kalau dakwa cukai RM250,000 tinggi, kena tunjuklah butir-butir pendapatan dan perbelanjaan selama 10 tahun itu. Ada simpan ke? Tapi takda simpan.

Habis macam mana dapat angka RM2500,000 tu? Apa susah? Tentu ada orang yang sakit hati akan report yang si anu tu tak bayar cukai.

Apa susah, pegawai LHDN mungkin duduk kat gerai tu, gi breakfat, gi lunch, gi minum petang. Mana kita tahu itu pegawai LHDN kan?

Mereka pun boleh agak berapa bisnes satu hari dengan tengok orang keluar masuk gerai. Apa susah nak anggar jualan sehari -secara purata orang breakfast RM6.00, lunch RM10.00 dan minum petang RM4.00

Kewajipan Membayar Cukai Pendapatan Perniagaan

Mengikut Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan ia menetapkan setiap syarikat, badan amanah atau koperasi supaya menghantar borang cukai dalam tempoh 7 bulan selepas penutupan tempoh perakaunan.

Tahniah kepada mereka yang patuh hantar borang setiap tahun. Kepada yang tak patuh, harap anda tidak terkantoi dengan pegawai LHDN. Penaltinya cukup tinggi dan tak berbaloi membayarnya...

Cara Syarikat Di Malaysia Lari Cukai Pendapatan Perniagaan

Hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan di firma audit, ada beberapa jalan yang diamal oleh syarikat di Malaysia untuk kurangkan bayaran cukai. Mereka ni jenis yang hantar borang cukai tetapi ‘berusaha’ untuk kurangkan bayaran cukai.

1. Buat Banyak Syarikat

Sekarang kita dah kembali ke zaman SST menggantikan GST. Bagi cukai SST, ia sejenis cukai yang dikenakan ke atas harga pengeluaran dari kilang.

Syarikat yang makin membesar biasanya sengaja buat tax planning dengan menubuhkan beberapa anak syarikat (subsidiari) dengan niat untuk mengurangkan bayaran cukai.

Syarikat pengilang akan berusaha kurangkan kos di peringkat awal supaya cukai SST yang dibayar adalah rendah. Tetapi dalam masa sama, ia mempunyai syarikat-syarikat lain yang berkaitan antara satu sama lain dan mengambil kesempatan dengan menaikkan kembali harga barang.

Contohnya : Apabila produk telah dikeluarkan, syarikat pengilang A jual kepada syarikat pemasaran B (subsidiari) dengan harga RM20,000.

Kemudiannya, produk tadi akan dijual ke dalam pasaran dengan harga yang lebih tinggi, katakan RM70,000. Jadi, cukai SST yang dikenakan adalah atas RM20,000 bukannya RM70,000.

Syarikat pengilangan A akan dikenakan cukai pendapatan syarikat 18% ke 24% (mengikut modal berbayar syarikat) ke atas kadar untung bersih yang lebih kecil. Yelah, dah dia jual murah-murah je dekat syarikat pemasaran B, sah-sah untung pun lebih kecil.

Syarikat pemasaran B yang ditubuhkan oleh pengilang A tu pula untung dah jadi tinggi . Tapi dia boleh kurangkan cukai dengan tinggikan belanja. Itu kalau dia buat satu syarikat pemasaran. Kalau 10? Akhirnya taukeh kilang A juga yang untung besar.

2. Kaedah-Kaedah Klasik (illegal)

Kaedah klasik yang masih diamalkan adalah seperti :
  • Palsukan perbelanjaan (Contoh: tuntut kos renovasi opis, padahal  itu resit-resit kerja renovasi rumah pengarah)
  • Palsukan pembelian (Contoh : reka invois pembelian palsu dan duit akhirnya masuk ke akaun pengarah syarikat)
  • Beli aset atas nama syarikat (sebenarnya untuk kegunaan peribadi)
  • Aset syarikat dah jual tetapi masih tuntut Elaun Modal

3. ‘Beli’ Barang atau Stok Dari Luar Negara

Ini pun kategori memalsukan belian tetapi advance sikit. Konon syarikat beli barang dari luar negara tetapi itu pun syarikat dia jugak. Jenis ni memang confident pihak LHDN takkan check entiti luar negara.

4. Buat Dua Set Akaun

Cara ni agak agresif. Syarikat akan buat satu set akaun yang betul dan satu  lagi set akaun yang ada unsur penipuan.

Yang akan dilapor kepada pihak LHDN sudah tentu set akaun yang tak betul tadi. Di zaman yang serba moden ni kami tak terkejut kalau ada perisian perakaunan yang mampu buat benda ni secara automatik.

Sampai Bila Nak Menipu Income Tax?

Bab income tax ini tak boleh main-main terutama yang menjalankan perniagaan yang melebihi RM50,000 atau RM100,000 dan lebih. Jika anda mati pun kena dapat surat pelepasan LHDN sebelum harta anda tunai dan properti nak diagihkan kepada waris-waris. Jadi macam mana nak lari?

Berita baik untuk pembayar cukai terutama yang menjalankan perniagaan. Baca artikel ini:

101 Kaedah Penjimatan Cukai. Ia mendedahkan bagaimana mengurangkan cukai anda sehingga 100%.




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan