Tuesday, 12 November 2019

Aura Tun Mahathir Bantu PH Di PRK Tanjung Piai

Aura Tun Mahathir Bantu PH Di PRK Tanjung Piai | Calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini optimis kehadiran perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberikan impak kepada pengundi Tanjung Piai dalam menentukan wakil mereka pada pilihan raya kecil hari ini.

Beliau berkata Dr Mahathir dikenali sebagai negarawan ulung, baik di dalam mahupun luar negara.

“Kita memang harapkan, sebagai calon, kerana ia (kehadiran Tun Dr Mahathir) akan berikan impak kepada pengundi itu sendiri.

"Selain itu, ia juga untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tun M bukan lagi perdana menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional, tetapi di bawah Pakatan Harapan.

“Insya-Allah aura (Dr Mahathir) sebagai seorang negarawan, pemimpin ulung yang bukan hanya dikenali di negara kita, tetapi juga di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, awal hari ini.


Aura Tun Mahathir Bantu PH Di PRK Tanjung Piai


Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, mengajak pengundi untuk datang ke ceramah mega anjuran parti itu yang akan berlangsung di Terminal Bas Kukup pada malam 13 November.
“Saya ingin jemput semua pengundi Tanjung Piai untuk hadir ceramah mega Pakatan Harapan Rabu ini pada 13 November jam 8 malam.

"Jemput hadir beramai-ramai,” katanya melalui rakaman video semalam.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan