Thursday, 10 October 2019

Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang


Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang | Masjid Prima Saujana Kajang sedang dibina di atas tanah Lot 43262 (PA 102425) Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat sebagai tempat ibadah dan pusat pembangunan keagamaan serta kerohanian bagi komuniti dan masyarakat setempat. Sehingga 13 Sept 2019,  kemajuan kerja-kerja pembinaan telah mencapai 29.3%.

Tapak tanah yang telah dikhaskan oleh pihak pemaju dan status kegunaannya sudah mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pembinaan sebuah masjid.  Satu Jawatankuasa Pembinaan juga telah ditubuhkan bagi menggerakkan proses pembinaan masjid ini.  Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Saujana, Kajang (JKPMPSK).

Cadangan pembinaan ini telah mendapat kebenaran dan persetujuan dari Jabatan Agama Islam (JAIS) pada 25 Mac 2015 dan kelulusan merancang serta membina daripada Majlis Perbandaran Kajang (MKPj) pada 21 Disember 2017, No. fail MPKj 1/P/5/2017.  Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 8 Februari 2018 dan dijangka siap pada 8 Ogos 2019 (berdasarkan tempoh 18 bulan yang ditawarkan oleh pihak kontraktor).

Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang 



KELENGKAPAN DAN KEMUDAHAN

Struktur masjid ini 2 tingkat di atas tanah 1.5 ekar dan ruangnya boleh menampung 2,800 ribu jemaah pada satu masa tingkat atas sahaja termasuk ruang limpah

Tingkat bawah masjid ini ada kemudahan dewan serbaguna utk 1,500 org, kelas pengajian, bilik tetamu, ruang buffet dan jamuan, bilik masak, setor dan bilik pengurusan jenazah.

Masjid ini mesra OKU dan warga emas, di tingkat atas ada laluan OKU, bilik air/bilik wudhu khusus OKU/Warga emas

KEMAJUAN PEMBINAAN

Kontrak pembinaan telah ditawarkan kepada Tetuan Gabungmas Sdn Bhd melalui proses tender secara jemputan.  Proses pembinaan telah bernula pada 8 Februari 2018 dan dijangka siap pada 9 Ogos 2019. Harga Kontrak sebanyak RM9,080,000.00 tidak termasuk GST dan kerja-kerja tambahan.

Keluasan tapak pembinaan ini adalah seluas 1.5 ekar (65,549 kp).  Keluasan bangunan masjid 2 tingkat adalah seluas 2,442.21 meter persegi (26,287.70 kaki persegi).

Kerja-kerja awalan cerucuk (piling) telah mengalami masalah kerana keadaan struktur tanah tidak mengizinkan kaedah cerucuk konvensional dijalankan.

Dari rekod Google Earth 11 Feb 2004 sehingga 18 Oktober 2017, tapak masjid ini sebenarnya terletak di dalam alur saliran semula jadi Sungai Merbau.  Tapak ini tidak disediakan  untuk proses “reclamation” dari awal dengan menyediakan tembok tebing sungai sebelum tambakan dibuat.  Ianya dijadikan tempat lambakan tanah-tanih yang diratakan dan diambil dari kawasan lain di dalam pembangunan Taman Prima Saujana ini.  Kesimpulan yang dibuat adalah seperti berikut :
“Tapak masjid Prima Saujana merupakan kawasan penambakan hasil dari aktiviti kerja tanah terdahulu. Bahan tambakan tidak menunjukkan keseragaman dengan terdapatnya lapisan bongkah batuan dan tanih.  Keadaan tapak yang sebegini lazimnya adalah sangat sukar dengan kekangan geoteknik (geotechnical contraints) yang tinggi terutama dari aspek pendasaran struktur bangunan “.

Beberapa kaedah piling telah dikenalpasti oleh pihak perunding dan 2 kali percubaan telah dijalankan di tapak tetapi tidak berjaya.  Akhirnya kaedah micropile telah dipilih, namun kos meningkat daripada harga asal, kaedah konvensional sebanyak RM285,000 kepada RM2.78 juta.

Pihak Jawatankuasa telah meminta pihak  perunding meneruskan rundingan untuk mencari kaedah terbaik dan berpatutan.  Beberapa individu yang mempunyai latar belakang professional di kalangan penduduk juga dikenalpasti dan dijemput untuk turut serta menyertai team Jawatankuasa bermula 31 Oktober 2018, bagi melicinkan pengurusan pembinaan.


Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang 



Alhamdulillah, sehingga 13 Sept 2019,  kemajuan kerja-kerja pembinaan keseluruhan telah mencapai 29.3% iaitu seperti berikut: Piling 100%, Pile Cap 68%, Stump 65%,  dan Ground Beam 50%.

PENUTUP

Projek pembinaan  Masjid Prima Saujana Kajang kini sedang berjalan dengan lancar setelah kerja-kerja piling siap sepenuhnya.

Kerjasama berterusan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), ahli-ahli jawatankuasa, perunding dan kontraktor amat dihargai.

Disediakan oleh:
HJ. MOHAMAD ASRI BIN HARUN
Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan

Dikemaskini 14 Sept 2019

___________________________________________


AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN

1.    DATO’ SR. HAJI ROSLI BIN ATAN    PENAUNG
2.    HJ. MOHAMAD ASRI BIN HARUN    PENGERUSI
3.    DR. HJ. KALAMHAMIDI B. HJ. ABU BAKAR    TIMBALAN PENGERUSI
4.    HJ. JAMALUDDIN BIN HJ. AHMAD    SETIAUSAHA
5.    HJ. MOHAMAD ZOBIR B. HJ. KAMARUDDIN    PEMANGKU  BENDAHARI
6.    HJ. HANAFI BIN MD DIN    AJK TEKNIKAL
7.    EN. QALAM A’ZAD BIN ROSLE    AJK TEKNIKAL
8.   EN. AHMAD ROSMAN BIN HJ. RABU    AJK TEKNIKAL

9. EN. MOHD AZEMI BIN ALI, AJK PROMOSI DAN MEDIA
10.    HJ. IBRAHIM BIN DERIS    JURU AUDIT DALAM 1
11.    EN. AHMAD SUBKHI BIN MOHD BAKRI    JURU AUDIT DALAM 2

Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang


Untuk keterangan lanjut  sila layari https://masjidprimasaujana.com/




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan