Wednesday, 2 October 2019

Suspek Bunuh Gajah Pygmy Sabah Di Tahan

Suspek Bunuh Gajah Pygmy Sabah Di Tahan. Polis  merampas 53 kelongsong peluru dan 56 peluru hidup serta tiga senjata api dipercayai digunakan suspek dalam kes penemuan Gajah Pygmy mati akibat ditembak di hulu Sungai Udin, Dumpas, Tawau.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, enam suspek termasuk seorang warga asing berusia antara 48 tahun hingga 68 tahun ditahan ketika serbuan di FELDA Umas, semalam dan hari ini.

Katanya, ketika tangkapan, polis merampas selaras pump gun buatan Iver Johnson Single Barrel 30’”, senapang angin jenis raifal buatan sendiri jenama Sharp Innova dan selaras bakakuk atau senapang patah buatan sendiri.

“Turut dirampas sembilan butir peluru hidup jenis Gb Buckshot warna putih, 47 kelongsong peluru jenis Mega Oob warna hijau, tiga butir kelongsong peluru jenis Rimba warna biru dan sebutir kelongsong peluru jenis Gb Buckshot warna hitam.

Selebihnya adalah kelongsong peluru jenis Winchester Buckshot warna merah (dua), buku lesen memiliki senjata api dan peluru dengan nombor siri 110937 Bil T/L/160, peluru warna hijau pelbagai jenama (23 butir), peluru jenis Rimba (20 butir) dan peluru jenis Rio Royal 00 Buck Lg (empat butir).


Suspek Bunuh Gajah Pygmy Sabah Di Tahan Polis


“Bertindak atas maklumat itu, lebih kurang jam 12.02 tengah malam tadi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau menjalankan operasi dan menahan seorang lelaki bertempat di FELDA Umas 4 kerana disyaki terbabit dalam kes ini.

“Sebanyak tiga serbuan susulan dijalankan di FELDA Umas dan empat suspek lelaki ditahan disyaki memiliki senjata api buatan sendiri,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Katanya, dua lagi suspek ditahan tengah hari tadi dengan dua daripada enam suspek dikenal pasti adalah pekerja FELDA Umas yang diberi tanggungjawab mengawasi hidupan liar yang memasuki ladang.

Beliau berkata, semua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman, esok.Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. 




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan