Saturday, 26 October 2019

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka?

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka? | Rancangan itu akan dilaksanakan semasa sidang Dewan Undangan Negeri Melaka antara 18 hingga 26 November ini dengan menolak belanjawan negeri untuk tahun depan, katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu, PH menang 15 kerusi negeri sementara Barisan Nasional menang 13 kerusi, semuanya melalui Umno.Daripada 15 kerusi PH, Amanah mempunyai 2, Bersatu 2, PKR 3 dan DAP 8.


Seorang exco dari DAP, G Saminathan baru-baru ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana didakwa terlibat dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Jika benar kedua-dua Adun ini keluar dari PH dan bekerjasama dengan BN, ia akan menjadikan gabungan ini 15, dan PH tinggal 12 kerusi sahaja,” kata satu sumber yang rapat dengan kerajaan negeri.

Sejak minggu lalu, ada desas-desus usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu di Putrajaya tanpa Amanah dan DAP.

Kerajaan pintu belakang ini bertujuan memastikan Dr Mahathir Mohamad mempunyai sokongan yang cukup untuk dikekalkan sebagai perdana menteri sehingga mandat pilihan raya berakhir, sekaligus menghalang pelan peralihan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Sumber sebelum ini memberitahu The Malaysian Insight, bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein sedang berusaha menarik sokongan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional untuk menyokong Dr Mahathir.

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka?


Sumber memberitahu, “kerajaan pintu belakang” tanpa Amanah dan DAP boleh jadi kenyataan seawal bulan depan apabila Bersatu mempunyai kekuatan 60 kerusi Parlimen berbanding 28 yang ada sekarang.

Hishammuddin menafikan dakwaan gerakan itu, selepas ia dibayangkan oleh Anwar di Parlimen minggu lalu.

Selepas kenyataan Anwar, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Hishammuddin menghentikan kempen kerajaan tanpa Amanah dan DAP.

Semalam, Hishammuddin sekali lagi menafikan terlibat dalam gerakan seumpama itu.

“Siapa saya untuk tentukan Anwar jadi perdana menteri atau tidak? Saya bukan pemimpin kerajaan. Malah, jawatan tertinggi dalam Umno dan BN pun tiada,” katanya.

Hishammuddin turut menggesa PH supaya jangan sibuk berpolitik sebaliknya menumpukan perhatian pada tanggungjawab terhadap rakyat.

Semalam bagaimanapun enam Ahli Parlime Umno  mengumumkan  sokongan kepada Dr Mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal Parlimen ke-14.

Sumber turut memberitahu The Malaysian Insight, seorang exco PH yang terlibat dalam usaha kerjasama di Melaka sudah mengadakan tiga pertemuan dengan beberapa Adun Umno.

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka?


“Pertemuan yang terakhir di Jasin semasa Adun-adun Umno sedang menyiapkan soalan untuk sidang DUN bulan depan,” kata sumber itu.

Dalam pertemuan itu, Adun Umno ditawarkan tujuh kerusi exco manakala seorang exco PH akan menjadi ketua menteri dan seorang lagi dilantik sebagai exco.

“Saya difahamkan usaha ini mendapat restu pimpinan tertentu di peringkat pusat,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun pencatur gerakan ini ada satu kebimbangan utama – usaha ini tidak berbaloi sekiranya hanya kerajaan Melaka yang jatuh sedangkan kerajaan pusat kekal.

“Satu saja yang merisaukan kami. Jika hanya Melaka sahaja yang berubah dan pusat kekal, ia satu kerja bodoh kerana ekonomi Melaka banyak bergantung kepada peruntukan dari pusat,” kata sumber itu.

Dalam perkembangan lain, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dari Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen dalam satu kenyataannya mengecam keras DAP dan menggesa Bersatu mengkaji semula kerjasama politik dengan parti itu.

Bagi beliau, bukan hanya Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu yang menyerang Bersatu dan kepimpinan Dr Mahathir.

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka?


“Ramai lagi pemimpin utama DAP membuat serangan terbuka terhadap Bersatu, kepimpinan Tun Dr Mahathir termasuk mengeluarkan kenyataan mengguris perasaan orang Melayu dan umat Islam.

“Secara peribadi saya berpendapat Bersatu perlu mengkaji semula kerjasama politik dengan DAP,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. - mi





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

1 comment:

  1. Wow, fantastic blog layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overall look of
    your site is excellent, let alone the content!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan