Tuesday, 15 October 2019

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online Dan SMS | Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bilakah tarikh rasmi keputusan SPM 2019 diumumkan pada tahun 2020? 

Berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, keputusan SPM dijangka diumumkan pada bulan Mac 2020. 


Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2019 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian ruangan pemberitahuan.

Pada tahun lepas, keputusan SPM telah diumumkan pada hari Khamis, 14 Mac 2019. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula dari jam 10:00 pagi di sekolah masing-masing. 

Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan online (JIKA ADA) dan juga khidmat SMS. Mereka yang lulus cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi mereka ke UA/ IPTA melalui Permohonan UPU online.

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online


Buat panduan pelajar Tingkatan 5. berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan cara mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2019. Ianya merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara atau kaedah membuat semakan.

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :- 

Tahun 2019 : Akan Dikemaskini 
2018 : 14 Mac 2019 
2017 : 15 Mac 2018 
2016 : 16 Mac 2017 
2015 : 3 Mac 2016 
2014 : 3 Mac 2015. 

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2019 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa:- 

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10:00 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada (Akan Dikemaskini).

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu..

1. Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia 

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan..

2. Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak melalui aplikasi mobile/ telefon pintar e-Lembaga Peperiksaan. Muat turun di Google Play untuk Android.

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara SMS


3. Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah speerti berikut :- 

Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888 

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS. 

Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula dari jam 1000 pagi, (Akan Dikemaskini) sehingga jam 600 petang, (Akan Dikemaskini) 

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online Dan SMS


Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut adalah kenyataan media KPM terkini pada 6 Mac 2019 berkaitan tarikh rasmi keputusan SPM 2018 yang telah diumumkan.

tarikh rasmi semakan keputusan spm 2018
Selamat membuat semakan keputusan result SPM 2019 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM 2019 Klik BORANG SEMAK SEMULA SPM


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan