Saturday, 12 October 2019

Semakan Keputusan PT3 2019 Online Dan SMS

Semakan Keputusan PT3 2019 Online Dan SMS
Semakan Keputusan PT3 2019 Online Dan SMS | Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 yang baru sahaja menjalani peperiksaan PT3 pada 30 September hingga 8 Oktober 2019 yang lalu. Mungkin anda semua tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3)  tahun 2019 akan diumumkan.

Berdasarkan trend pada yang telah lepas, Semakan Keputusan PT3 2019 Online dan SMS dijangka akan di umumkan pada minggu ketiga pada bulan Disember 2019.

Oleh itu, para pelajar dan ibu bapa boleh melayari Bahagian Pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan tarikh rasmi pengumuman keputusan PT3 2019.

Berikut merupakan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan PT3 2019. Dikongsikan kepada anda semua tarikh rasmi keputusan peperiksaan dan panduan untuk membuat semakan keputusan PT3 2019.

Buat pengetahuan anda, berikut adalah tarikh rasmi Keputusan PT3 diumumkan dari tahun 2014 hingga tahun 2018.

2018 : 13 Disember 2018
2017 : 14 Disember 2017
2016 : 19 Disember 2016
2015 : 14 Disember 2015
2014 : 22 Disember 2014

Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3

Disertakan juga Julat Markah, gred PT3 untuk Menengah Rendah 2016 iaitu Julat Markah/ Gred /Catatan. Sebagai panduan semua, berikut adalah sistem gred pemarkahan terkini yang berbeza dengan sistem pemarkahan dahulu:-
85 – 100 : A : Cemerlang
70 – 84 : B : Kepujian
60 – 69 : C : Baik
50 – 59 : D : Memuaskan
40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
TH : TH : Tidak Hadir

Semakan Keputusan PT3 2019 


Berikut merupakan panduan buat para pelajar untuk mengambil dan menyemak keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 :-

Pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan yang akan diumumkan iaitu (Akan dikemaskini).

Pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3

*Gred pemarkahan PT3 boleh dirujuk di Jadual Pengredan PT3

Mengikuti trend tahun 2015/ 2016, dijangkakan TIADA semakan secara online ada disediakan dan pelajar-pelajar dikehendaki datang ke sekolah untuk mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Semak Keputusan PT3 2019 Melalui SMS


Pada tahun ini, tiada perkhidmatan semakan keputusan menggunakan SMS.

Buat pengetahuan semua, para pelajar boleh membuat permohonan semak semula keputusan PT3 dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3. Borang-borang ini boleh didapati melalui permintaan kepada sekolah masing-masing. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari setelah keputusan dikeluarkan. Untuk mendapat panduan yang lebih lanjut, sila rujuk di SEMAK SEMULA PT3.

Maklumat Lanjut PT3 2019

Buat pengetahuan ibu bapa dan pelajar, keputusan peperiksaan PT3 akan digunakan sebagai asas penentu dan syarat kelayakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional bagi sesi tingkatan empat 2019.

Kemasukan ke sekolah-sekolah ini juga dipengaruhi oleh Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Buat pelajar tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki sekolah-sekolah kluster dan premier yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Sila rujuk kepada maklumat penting permohonan di bawah ini :-

Permohonan MRSM Tingkatan 4
Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4
Permohonan Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik

Nota : Permohonan boleh dibuat sebelum keputusan PT3 diumumkan

Semakan Keputusan PT3 2019 Online Dan SMS


Selamat berjaya buat pelajar-pelajar tingkatan 3 dalam Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2018. Semakan Keputusan PT3 2018 secara SMS boleh dilakukan dengan cara mengikuti langkah-langkah di atas. Sekalung tahniah buat pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan