Thursday, 24 October 2019

Ronnie Liu Dirujuk Ke Jawatankuasa Displin Kerana Biadap

Ronnie Liu Dirujuk Ke Jawatankuasa Displin Kerana Biadap | Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke akan merujuk Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Dalam ulasan yang disiarkan Malaysiakini semalam, Liu membidas prestasi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan berkata sekiranya pengerusi Bersatu itu cuba memecahkan PH - DAP, PKR, Amanah, Warisan dan UPKO masih boleh bergabung dan membentuk kerajaan baru - tanpa Bersatu.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang hari ini, Loke menyifatkan kenyataan Ronnie Liu sebagai tidak bertanggungjawab dan sabotaj keharmonian PH.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ronnie Liu adalah pandangan peribadinya. Ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mewakili pendirian DAP.

"Kenyataan Ronnie Liu ini boleh dilihat sebagai tindakan sabotaj, sesuatu yang sangat serius. Saya lihatnya sebagai tindakan sabotaj untuk mengganggu kestabilan dan keharmonian gabungan PH," katanya.

Loke berkata dalam kapasitinya sebagai setiausaha organisasi kebangsaan DAP, beliau akan merujuk Liu, yang juga Adun Sungai Pelek, kepada jawatankuasa disiplin parti itu.

Ronnie Liu Dirujuk Ke Jawatankuasa Displin 


"Ini kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin DAP, ataupun mana-mana pemimpin Pakatan Harapan.

"Pakatan Harapan adalah gabungan empat parti, Bersatu, Amanah, PKR dan DAP. Kami menang PRU14 atas platform bersama Pakatan Harapan dan diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

"Tidak ada pemimpin DAP yang harus mempersoalkan Pakatan Harapan," kata Loke.

Malah menurutnya, tiada pemimpin yang harus membincangkan pembuangan mana-mana parti dari gabungan itu.

"Kami komited terhadap Pakatan Harapan dan kami mahu bertindak dan menghantar mesej kepada Ronnie Liu dan semua orang lain."

Mengulas isu yang sama, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata bahawa kenyataan Liu itu hanya pandangan peribadinya.

"Pandangan saya ialah Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

"Bersatu berperanan positif dan adalah komponen penting dalam kerajaan Pakatan Harapan," kata Anwar di lobi parlimen hari ini.


Ronnie Liu Dirujuk Ke Jawatankuasa Displin Kerana Biadap


Sementara itu, kedua-dua Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahaya dan pemimpin wanita parti itu, Rina Harun berpendirian kenytaan Liu adalah tidak lebih dari pandangan peribadinya.

“Ini kennyataan kurang bijak dan saya harap pimpinan DAP dapat menangani perkara ini dengan baik,” kata Marzuki.

Rina pula mengingatkan bahawa PH merangkumi semua parti dan tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan tanpa kerjasama semua.

“Saya kecam keras kenyataan Ronnie Liu yang mmepertikaikan dalam saat kita sedang fokus untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat...

“Tak payah nak pertikaikan PM yg bersungguh-sungguh, beliau bekerja 18 jam sehari dalam usia begitu tetapi terus menunjukkan teladan yang baik.

“Saya minta tak perlu ada lagi pihak nak pertikai bila perdana menteri nak letak jawatan, atau pertikai tentang Bersatu. Kita kena fokus beri khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya di lobi parlimen. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan