Monday, 21 October 2019

Ramasamy Ditahan Polis?

Ramasamy Ditahan Polis? | Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy akan dipanggil ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata Ramasamy dijangka hadir ke Bukit Aman pada pukul 10 pagi esok untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 berhubung perkara itu.

Bernama pada 17 Oktober lepas melaporkan, Ramasamy diminta untuk memberi keterangan berhubung artikel bertajuk “Kerajaan Baru tapi Polis Masih Pada Takuk Lama - Ramasamy” yang disiarkan di laman web www.malaysiagazette.com pada 17 September lalu.

Dalam artikel itu, Ramasamy telah mengulas tindakan polis menembak mati tiga lelaki yang disyaki perompak di Kilometer 22, Jalan Rawang menghala Batu Arang, Selangor, 14 September lepas. -  mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan