Wednesday, 30 October 2019

Punca PAS Tolak Exco Perlis?

Punca PAS Tolak Exco Perlis? | Takkan PAS tidak boleh memberi ehsan kepada Umno yang pernah memberi wang ihsan kepada mereka daripada hasil minyak Terengganu dan Kelantan? Keadaan di antara situasi Perlis dan Terengganu amat jauh bezanya.

"PAS tidak berminat duduk dalam kerajaan Perlis kerana Perlis negeri miskin. Umno berminat duduk dalam kerajaan Terengganu kerana ia kaya hasil minyak. PAS hanya berminat berkongsi pengaruh, tetapi tidak minat berkongsi kekayaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Raja Bahrin yang juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan mencabar PAS supaya memberikan jawatan exco kepada Umno Terengganu.

Ia susulan permintaan Ahmad Zahid yang berharap bekas menteri besar Terengganu iaitu Ahmad Said dan Ahmad Razif Abdul Rahman dapat berada dalam saf kepimpinan kerajaan negeri itu.

Semalam, Tuan Ibrahim menjelaskan PAS menerima tawaran bagi jawatan exco di Perlis namun membuat keputusan untuk tidak menerima pelawaan itu.

Punca PAS Tolak Exco Perlis?


Sementara itu, Raja Bahrin berkata hakikat sebenarnya adalah PAS hanya ingin menggunakan Umno untuk menambah kuasanya tetapi tidak berhasrat berkongsi kuasa kewangan sedikit pun dengan sesiapa.

"Realiti dalam 'perkahwinan mutaah' PAS-Umno yang mesti ditelan oleh Umno ialah ungkapan: What is yours is mine, what is mine is mine atau ‘Kepunyaan anda adalah kepunyaan saya juga, tetapi kepunyaan saya hanyalah untuk saya sahaja’.

"Kerana itulah ungkapan dramatik mendayu-dayu presiden Umno (adalah) kisah sedih kasih tidak dibalas," katanya. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan