Monday, 7 October 2019

Punca Anwar Dan PKR Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu?

Punca Anwar Dan PKR Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu?|Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Melawati hari ini .

Kongres itu yang diadakan bagi mengukuh jati diri dan maruah Melayu itu bagaimanapun berjaya menarik kehadiran pemimpin utama parti politik termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Selain itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut kelihatan dalam kongres tersebut. 

PKR mengesahkan parti itu masih belum dijemput ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan di Stadium Malawati Ahad ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihaknya hanya bergantung kepada laporan media mengenai sebarang perkembangan mahupun makluman kongres itu.

"Saya pun tiada maklumat, kalau pihak media dapat maklumat.. saya semalam dengan Kak Wan (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) tiada pula beritahu apa-apa.


Punca Anwar Dan PKR Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu 2019?


"Pagi tadi saya sarapan dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tiada pula apa-apa maklumat. Kami mengikuti dalam media sahaja," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen 'Beli Barangan Malaysia' anjuran platform e-dagang, Shopee di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Bahagian Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan kehadiran mereka ke kongres tersebut.

UMNO pula mewakilkan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa kerana parti itu berlapang dada dan mengambil sikap terbuka untuk hadir ke kongres yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober ini.

Kongres tersebut merupakan anjuran bersama Universiti Malaya; Universiti Tekonlogi Mara (UiTM); Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Punca Anwar Dan PKR Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu 2019?


Dalam pada itu, ditanya sama ada PKR akan hadir sekiranya menerima jemputan tersebut, Saifuddin memberitahu perlu melalui perbincangan terlebih dahulu.

"Semestinya akan ada perbincangan dahulu, biasanyalah," jelasnya.


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan