Wednesday, 9 October 2019

Program Sudsidi Petrol (PSP) Tidak Membantu Rakyat

Program Sudsidi Petrol (PSP) Tidak Membantu Rakyat | Program Subsidi Petrol (PSP) yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam, tidak membantu rakyat menikmati harga petrol RON95 yang munasabah.

Justeru, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengkaji semula dengan mengambil kira kepentingan pengguna lain terutama dalam kalangan M40, rakyat Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, harga RON95 pula tidak lagi dikekalkan pada kadar RM2.08 sen seliter dan ini akan menyebabkan harga petrol melonjak naik pada waktu tertentu, sekali gus memberi impak kepada kenaikan harga barang serta perkhidmatan lain.

“Semua pengguna RON95 akan menanggung kenaikan tersebut. Malah, jumlah subsidi RM1 sehari bagi penerima PSP tidak memberi kesan yang besar sekiranya harga melonjak naik.

“Isi rumah yang besar dengan pendapatan sebulan RM4,001 sehingga RM5,000 juga akan terbeban,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Program Sudsidi Petrol (PSP) Tidak Membantu Rakyat


Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kos sara hidup rakyat pada hari ini juga tidak menunjukkan penurunan, malah akan terus memangsakan majoriti rakyat.

Sebab itu, kata beliau, PSP tidak akan menyelesaikan masalah utama, tetapi hanya memberi jalan penyelesaian jangka pendek sahaja.

“Pas juga mempersoalkan mengenai kontrak berjumlah RM25.03 juta yang dianugerahkan kepada GHL Transact Sdn Bhd pada Mac lalu. Apakah sistem perisian dan perkakasan yang dibangunkan untuk PSP ini?,” soal beliau. - mg



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan