Wednesday, 16 October 2019

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online | Seramai 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) terdiri golongan B40 yang layak menerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal psp.kpdnhep.gov.my bermula semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, sekiranya ada nama penerima BSH yang tercicir, mereka boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal itu.

Beliau berkata, data penerima PSP daripada golongan B40 itu adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, dan ia juga disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Silang semak dilakukan berdasarkan kriteria pemilikan kenderaan yang layak untuk bantuan Program Subsidi Petrol (PSP). Hasil silang semak ini, kementerian mengenal pasti 2.9 juta penerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) daripada golongan B40 yang layak untuk menerima subsidi ini.

“Walaubagaimanapun, saya ingin menekankan bahawa data ini masih memerlukan penambahbaikan dan ingin memohon rakyat dalam kategori B40 untuk menyemak status mereka,” katanya.

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online


Beliau berkata, jika ada daripada golongan yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan memiliki kenderaan sepertimana kriteria dalam Program Subsidi Petrol (PSP) tetapi belum berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) , mereka diminta untuk segera mendaftar program Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan Kementerian Kewangan.

“Jika anda adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tetapi baru membeli kenderaan yang layak, sila mendaftar kenderaan anda dengan JPJ dan membuat permohonan baharu di portal Program Subsidi Petrol (PSP),” katanya.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan bahawa semakan kelayakan hari ini belum lagi termasuk golongan bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2020 tempoh hari.

“Proses serta tarikh permohonan baharu untuk penerima PSP daripada golongan bukan penerima BSH akan diumumkan setelah butiran pelaksanaannya diperhalusi bersama Kementerian Kewangan,” katanya.

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online


Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui Hotline 1800886800, e-mel: psp@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356.

Untuk Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online boleh layari di https://psp.kpdnhep.gov.my/kpdnheppsp/www/index.php?id=1&page_id=2


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

6 comments:

  1. Hello, its pleasant post on the topic of
    media print, we all understand media is a wonderful source of data.

    ReplyDelete
  2. This design is spectacular! You obviously know how
    to keep a reader entertained. Between your wit and your videos, I
    was almost moved to start my own blog (well, almost...HaHa!)
    Fantastic job. I really loved what you had to say, and more than that, how you
    presented it. Too cool!

    ReplyDelete
  3. A motivating discussion is definitely worth comment.

    There's no doubt that that you ought to publish more on this topic, it may not
    be a taboo subject but usually people do not discuss such subjects.
    To the next! Cheers!!

    ReplyDelete
  4. I truly love your website.. Pleasant colors & theme. Did you
    develop this website yourself? Please reply back as I'm wanting to create my own blog and would like to
    find out where you got this from or exactly what the theme is called.
    Thanks!

    ReplyDelete
  5. I have been browsing on-line more than 3
    hours lately, yet I by no means discovered any interesting article like yours.
    It is beautiful price sufficient for me. In my
    opinion, if all website owners and bloggers made excellent
    content as you probably did, the web will likely be a lot more useful than ever before.

    ReplyDelete
  6. It's going to be end of mine day, except before end I am reading this great article to improve my know-how.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan