Friday, 11 October 2019

Pemuda Umno Puji Ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan

Pemuda Umno Puji Ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan
Pemuda Umno Puji Ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan | Penahanan tiga lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) membuktikan kewibawaan polis dalam melaksanakan konsep Kedaulatan Undang-Undang.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Najmil Faid Mohamed Aris berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada polis yang menjalankan tugas dengan baik, tanpa mengambil kira seorang lelaki yang ditahan itu merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Kata beliau, sejak akhir ini, kumpulan penyokong LTTE secara terang-terangan melakukan pelbagai aktiviti melibatkan kumpulan pengganas ini dan seolah menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi mereka.

Selain itu, video yang tular di laman sosial juga menunjukkan penglibatan pemimpin tinggi Pakatan Harapan (PH) seperti P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia) dalam upacara LTTE.

“LTTE adalah kumpulan pengganas yang sama seperti Daesh. Kita tidak mahu negara kita dijadikan pusat operasi pengganas ini kerana ianya mengancam keselamatan negara.

Pemuda Umno Puji Ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan


“Aktiviti dan penglibatan pemimpin PH dalam kumpulan pengganas ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat dan akan memberi imej tidak baik kepada negara jika perkara ini tidak diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan, polis Bukit Aman menahan dua wakil rakyat DAP dan seorang pemimpin NGO India dari Perak bagi siasatan berkaitan kumpulan pengganas Sri Lanka.

Mereka ialah ADUN Gadek, G. Saminathan yang juga ahli Exco Negeri Melaka dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren.

Difahamkan, mereka sedang disiasat kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah yang terlibat dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka iaitu LTTE.

Dr. Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap semua kumpulan penyokong LTTE termasuk pemimpin tinggi PH yang lain. - mg



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan