
Kwong Wah Yit Poh melaporkan, pada ketika Ketua MCA Tanjung Piai, Wee Jeck Seng dikatakan paling layak mewakili MCA untuk bertanding, Nur Jazlan pula dilihat berpotensi jika UMNO yang menghantar calon.
“Nur Jazlan pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan merupakan separuh Cina kerana ibunya seorang Cina.
“Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat Cina dan merupakan calon yang sangat sesuai untuk Tanjung Piai,” kata sumber.
Sebelum disempadankan semula, Tanjung Piai pada satu ketika dahulu pernah diletak dalam kawasan Parlimen Pulai.
“Orang kuat UMNO dan bekas Menteri Penerangan iaitu Tan Sri Mohamed Rahmat pernah bertanding di Pulai, generasi lebih tua masih mempunyai ikatan emosi kepada beliau.
Nur Jazlan Mohamed Calon Terbaik BN PRK Tanjung Piai
“Nur Jazlan merupakan anak kepada Mohamed dan beliau mampu mendapat sokongan daripada orang Melayu,” kata sumber.
Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan, Ketua Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini merupakan calon berpotensi yang mungkin menerima restu daripada Pakatan Harapan untuk bertanding.
Karmaine pernah bertanding di kerusi Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum 2018, tetapi tewas kepada calon UMNO, Datuk Ahmad Maslan dengan majoriti agak tipis sebanyak 833 undi. - mg
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
semalam Syed Saddiq panjang lebar membalas balik apa yang dikatakan oleh Syed Husin,
ReplyDeleteKhairuddin juga sedang memulakan serang balas yang keras sehingga mengugut pula mahu membuat kempen tolak Anwar secara berdepan sekiranya pihak yang berkaitan secara terbuka lagi mengkritik Mahathir.
Hari ini pula Ezam Mohd Nor secara terbuka membuka ruang perbalahan, menyokong apa yang diperkatakan oleh Syed Husin, memang Mahathir itu 'Reformis palsu'
Apa lagi PKR dan Bang Non jadi anak jantanlah, jadi pertahanan presidenmu. Ini dikalangan pemimpin pro Anwar kecut telur nak berbicara mengkritik cara Mahathir.
PADAN SSGT LAH TU SUMA SEPADAN
KEPALA PENIPU VS KEPALA PROMPAK
AKU SAJA JER NAK MEMBATU APIKAN
BANG NON KENA LWN SBLOM GIGI RONGAK
KIKIKIKIKI..
Cuma nak bagitahu, pada Bang Non yakin ke boleh lawan kem Mahathir ni?
kikikikikiki..
#buymuslimproduct