Wednesday, 23 October 2019

Nasib Tahanan Pengganas LTTE Belum Pasti

Nasib Tahanan Pengganas LTTE Belum Pasti | Pihak polis tidak dapat memberi jaminan suspek yang dikaitkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan dibebaskan sebelum Deepavali hujung minggu ini.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata pembebasan berkenaan bergantung kepada siasatan yang dijalankan pihaknya serta keputusan peguam negara sama ada mahu melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

"Pada masa ini pasukan penyiasat sedang mempercepatkan siasatan untuk menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara sama ada untuk menolak atau mendakwa mereka di mahkamah.

"Jadi, proses itu memerlukan masa. Saya bersimpati kerana perayaan Deepavali semakin hampir, tetapi tindakan pihak saya semata-mata dibuat berdasarkan kerperluan dan kepentingan keselamatan.
Iklan
"Justeru saya meminta keluarga dan semua pihak yang terbabit supaya bersabar sehingga kami dapat melengkapkan kertas siasatan," katanya selepas menghadiri majlis Malam Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 di Pulapol, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sejak 10 Okt lalu, polis mencekup 12 individu, termasuk dua Adun DAP, dalam operasi ke atas pihak yang disyaki terbabit dengan LTTE.

Jauh dari aspek negatif

Menurut Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman suspek-suspek terbabit ditahan kerana disyaki mempromosi dan menghasut agar orang awam supaya menyokong kumpulan LTTE yang disenaraikan sebagai pengganas.

Nasib Tahanan Pengganas LTTE


Ketua Penolong Pengarah E8, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka memiliki barangan yang berkaitan LTTE, serta menolong membiayai kegiatan kumpulan terbabit.

Ayob turut dilaporkan sebagai berkata, pihak polis Malaysia sedang memantau pemimpin-pemimpin India khususnya ketua penyelaras Parti Naam Thamilar, S Seeman yang merupakan penyokong kuat LTTE serta perjuangan pembebasan Tamil Eelam.

Abdul Hamid berkata polis akan menjaga dengan baik kesemua suspek yang kini dalam tahanan sesuai dengan peruntukan undang-undang.

"Saya jamin keadaan mereka sentiasa dijaga dan kami akan memberi segala hak yang dibenarkan dalam undang-undang pada keluarga untuk melawat, kami akan berikan kemudahan itu," katanya lagi.

Sementara itu Abdul Hamid mengingatkan semua atlet sukan PDRM supaya menjauhkan diri daripada perkara negatif yang boleh memudaratkan diri mereka khususnya pengambilan dadah.

Beliau berkata, pengambilan bahan terlarang seperti dadah ketika bersaing di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak akan menyebabkan imej PDRM tercemar.

"Setiap tahun dalam acara sukan sama ada di persada antarabangsa mahupun dalam negara kadangkala akan terjadi kes atlet sukan terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

"Tindakan itu bukan saja bakal mencemarkan diri atlet terbabit tetapi nama PDRM sendiri dan disebabkan itu saya sering mengarahkan setiap pengurus pasukan untuk memastikan disiplin atlet mereka," katanya.

Nasib Tahanan Pengganas LTTE Belum Pasti 


Pada majlis itu, Sarjan Emma Firyana Saroji yang mewakili negara dalam sukan boling padang dinobatkan sebagai Olahragawati PDRM, manakala Lans Koperal Mohd Taqiyuddin Hamid - yang mewakili negara dalam acara silat olahraga - dinobatkan sebagai Olahragawan PDRM.

Bekas atlet olahraga negara, ASP Wong Tee Kui, yang pernah cemerlang dalam acara baling tukul besi dinobatkan sebagai Tokoh Sukan PDRM. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan